Assalamualaikum. Sekadar catatan ringkas petang ini adalah berkaitan hari ini. Tiba-tiba boss ajak masuk meeting hod, sedangkan selama ini tak pernah masuk pun. Semuanya kerana unit IT kena bentangkan tentang Pelan Bencana IT. Join sahajalah jawabnya. Sebelum tu siap-siap service fountain pen dan isi ink dahulu pagi tadi. Agak menakutkan dan renyah bagi yang tak biasa menggunakan fountain pen, tengok sahajalah gambar di sebelah. Sebenarnya ok sahaja dan aku enjoy buat kerja cuci-cuci ni. Kepuasannya bila menulis pada buku atau kertas. Selain itu pagi ni merasmikan baju batik baru, tempah kat Kota Bahru masa ke sana setahun dulu. Lama betul peram, satunya sebab sayang nak pakai sebab dia nilah batik yang paling mahal. Memang plan nak pakai bila ada apa-apa majlis ke last-last pakai buat masuk meeting sahaja. Setakat ini sahajalah dahulu, nama pun catatan ringkas. Dah boleh sambung buat kerja tu.
ahh kalau saya ni dah habis kena tudung baju bagai. kita pakai ball pen je lahh haha
BalasPadamHaha pakai ball pen paling senang.
Padammasa sekolah thn 80an dulu meme la kena pakai fountain pen utk jawab periksa. Tp skrg lebih selesa dgn pen gel. hampir2 dah dgn fountain pen tu. hehehe
BalasPadamzmn2 sek dulu memang pakai pen gini ie guna dakwat cair/basah kena celup2 ni
BalasPadamDulu mula guna masa abah hadiahkan pen cursive masa sekolah. Seronok main2 buat khat. Nak isi ink kena main tekan2.
Padamdah lama x nampak pen dakwat mcm ni..
BalasPadamRingkas macam mana pun..sedap pulak untuk dibaca
BalasPadamPernah punya dulu fountain pen, tapi bab isi tinta, memang menyerah 🤣🤣. Dah laaah, pakai pen biasa saja jadinya 😅
BalasPadam