Memaparkan catatan dengan label ppip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ppip. Papar semua catatan

Isnin, November 25, 2013

Team Building PPIP @ Harvard Saujana

Team building PPIP diadakan di Harvard Saujana Bedong Kedah, berlangsung selama 3 hari. Event ini diwajibkan kepada semua staf PPIP. Antara yang menariknya bila dah sampai sana baru sedar wallet tertinggal kat rumah jadi 3 hari tu memang tak berwalletlah.

Eryna lepak main iPad di bilik penginapan

Kolam swimming yang besar

Tak sempat nak mandi-manda kolam ni, Eryna je yang sempat

Kuliah Subuh oleh Dr. Hairul. Best kalau selalu ada pengisian2 sebegini

Sesi bergambar semua staf

Dekan dan TD Akademik PPIP


Acara sukaneka dari pagi hingga tengah hari

Sedikit kurang puas hati tentang pembahagian kumpulan,
patut kena konsider bilangan lelaki:perempuan, kemudian ikut umur pula.
Huhuhu.

Acara lumba berterompah


Acara mereka fesyen, acara paling berjaya iaitu dapat no. 2 dari 8 kumpulan

Acara treasure hunt yang mencabar minda dan tenaga

Bergambar bersama kumpulan 7

Rumah misteri

Penat betul bertreasure hunt, tapi masih bersemangat untuk menamatkan aktiviti

Villa Nabila? 

Dapat mandi kolam takmo balik bilik si Eryna ni

Captain kumpulan 7 beraksi dengan equipment paint ball

Kumpulan 7 kecuali aku yang tiada dalam gambar

Aktiviti sharp shooting. Setiap orang dibekal dengan 5 peluru,
antara ramai2 yang menembak hanya 2 orang yang dapat 3 tembakan mengena
salah seorangnya akulah

Turun padang

Keseluruhan kumpulan 7 mendapat tempat ke 7

Ulasan lengkap boleh view di sini sekarang.

Rabu, Disember 23, 2009

Hari terakhir Hashim di UPPA

Last day Hashim di UPPA

Hari ni hari terakhir Hashim kat UPPA. Kepada yang tak tau, UPPA tu stand for Unit Penyelidikan Pendidikan Asas. Kat sini lah kami mencari makan. Hashim ni baik budaknya, baik sesangat sampai kadang risau nk bergurau lebih2 sgt, dari mula2 masuk keja sini dulu sampai skrg dia ni yang paling banyak membantu, mengajar apa2 yang patut tentang suasana kerja di sini. Dah lama dia kat sini setahun dua bulan, untuk projek InSPIRE dia lah yang paling lama dan tahu banyak perkara. Pagi td nampak dia masih bersemangat buat kerja, seboleh2 dia nk akhiri semua kerja2 yg ada sebelum pergi.


Last day Hashim di UPPA


Pemergian dia hari ini semestinya meninggalkan rasa kehilangan. Apa pun dia membuat pilihan yang betul untuk terus berjaya, aku pernah rasa mcm mana last day bekerja sblm meninggalkan tempat cari makan selama bertahun2. Xde beza apa2, teruk mcm mana pun kira rasa tempat kerja kita, majikan kita layan kita, ketidakadilan dll, kerja mcm biasa jer, xde lak rasa nk memberontak ke apa, nk burukkan nama sapa2 ke. Sampai satu tahap kita kena jugak berhijrah walaupun yg baru itu belum tentu elok dr yg lama. Hidup bukan lama sgt kalau ikut umur Nabi Muhammad, tinggal separuh usia lg, tuptap2 setahun dah berlalu, cepat masa berjalan skrg, so cubalah kalau ada rezeki berhijrah, cari pengalaman baru kalau rasa yg lama itu terlalu statik dan tak stabil. Aku x tau lg berapa lama aku akan di sini, masih awal lg rasa, kerja pun byk lg, x puas rasa kalau x dpt habiskan projek ni sampai tamat, lg pun kena ikut kontrak. Apa2 pun selamat berjaya kpd Hashim, moga murah pintu rezeki. Halalkan makan minum, 0-0. Stay keep in touch x kiralah di alam nyata atau maya. Kalau nk kahwin jgn lupa jemput, insyaAllah. Moga 2010 membawa sinar bahagia..

Selasa, Disember 15, 2009

Cermin kereta member pecah

Baru td member seofis ni dikejutkan dengan berita cermin kereta dia
pecah, ingatkan sebab apa, teruslah bergegas ke tempat parking untuk
melihat kejadian dengan lebih dekat. Menurut cerita seseorang di
tempat kejadian cermin tu pecah disebabkan terkena batu dari pemotong
rumput, mmg rumput kat kawasan tu baru potong pun. Member tu td tgh
report kat pejabat keselamatan. Mungkin boleh claim agaknya, tungguu..