Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabah. Papar semua catatan

Khamis, Mei 30, 2013

Peperiksaan Akhir Program Pensiswazahan Guru Semester 1 2013/2014

Pada hujung minggu lepas aku ke Kota Kinabalu kerana menjaga Peperiksaan Akhir Program Pensiswazahan Guru Semester 1 2013/2014. 4  orang staf @educationUSM ke sana untuk mengawas dibantu 4 orang pengawas dari KK. Alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang. Banyak kali juga menjaga peperiksaan sebelum ini, menariknya kali ini aku berjaya menangkap calon meniru / cuba meniru.


Pagi Jumaat, sebelum berangkat ke Airport Bayan Lepas 

Hujan di Airport Bayan Lepas

Tiba di KK, kami terus sewa kereta, agak mahal sewa kereta di airport tetapi kerana ia disponsor jadi belasah sahaja. Dapat kereta terus tuju Promenade Hotel. Sebelum itu singgah makan di Anjung Senja. Tinggalkan barang dan terus ke UMS untuk menampal no. tempat duduk pelajar. Lewat juga selesai.


Semangat bersarapan di hotel

Roti je pun

Sewaktu menjaga peperiksaan

Pekena ikan bakar di Anjung Senja, sedap juga ikan bakar di sini

Apa Celyn mahu?

Panorama di dewan peperiksaan UMS

Sekitar UMS masih banyak kawasan kosong, berbeza sekali dengan USM




UMS

Universiti Malaysia Sabah

Dalam perjalanan pulang ke hotel, matahari terbenam


Aktiviti biasa jika ke KK, mesti ke pasar melihat mutiara dan lain2

Makan malam di malam akhir

Cantik sekali permandangan sebegini

@melamyra di Waterfront KK

Menarik sekali 

Formasi awan yang pelik dan ajaib

Di Terminal 2 KK pulang ke Penang

Jumpa lagi Kota Kinabalu!

Ahad, Jun 27, 2010

Beringgis Resort Borneo

Minggu lepas aku ke Kota Kinabalu kerana ada bengkel latihan projek InSPIRE II. Latihan penggunaan modul diberikan kpd guru2 dari 6 buah sekolah yg datangnya dari daerah Semporna, Telupid dan Nabawan. Bengkel itu berjalan dengan lancar dan guru2 nampak tiada masalah dan bersemangat menggunakan modul yg dibina.

Sepanjang bengkel itu, sempat juga jumpa member lama yang tinggal kat sana, Mat Ju jumpa di hari ke 2 bengkel, Kenit jumpa masa hari ke 3 bengkel. Dua2 member masa di UM dulu.

Bengkel itu dijalankan di Beringgis Resort Borneo yang letaknya di daerah Papar. Jauh jugak dari bandar KK, ada dalam 45 minit perjalanan, melalui kawasan Kinarut dan Patutan. Resort tu menarik sbb kawasannya sgt cantik, bilik pun selesa, biasa sblm2 ni apa2 bengkel mesti buat kat hotel, dapat duk resort terasa lebih selesa dan x cepat boring. Boleh pusing2 sekitar resort tu. Petang2 boleh kepantai yg cantik, x ramai org dan bersih. Susah nk dapat situasi ini di semenanjung. Pantai yg x cun, busuk pun org ramai sgt sbb dah x de tempat lain nk pergi.

Beringgis, Papar, Sabah
Yg dekat kerusi2 tu bilik aku tinggal.

Beringgis, Papar, Sabah
Selalu nampak kapal terbang lalu kat atas sbb x jauh dengan KKIA.

Beringgis, Papar, Sabah
Cantik design block ni, block yg paling baru di Beringgis Resort.

Beringgis, Papar, Sabah
Permandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.

Beringgis, Papar, Sabah
Pantai yang bersih, hampir tiada pencemaran langsung.

Ahad, Jun 20, 2010

Langkah yang berat

Malam ni aku akan bertolak dari Penang ke KK atas urusan kerja, sesungguhnya langkah ini adalah langkah yg berat memandangkan wife @melamyra byk perlu pertolongan aku ketika ini, ptg karang dah kena ada di ofis untuk pack sikit2 lg barang. Minggu ni aku mmg rasa all out buat kerja, semua kerja2 fizikal. Barang2 byk betul yg nk kena bawak ke KK, sblm ni mmg x terjangka seteruk ini, byk cara lain yang boleh dibuat untuk save cost dan memudahkan projek ini. Ya Allah berilah kekuatan kepada wife ku sepanjang peninggalan ku ini.

Selasa, Ogos 11, 2009

Ekspo Konvokesyen USM 2009 (USM Convex?09)

Ekspo konvokesyen USM akan berlangsung dari 11 - 16 Ogos 2009. Ini merupakan kali pertama aku akan merasai kemeriahan minggu konvokesyen, bermula dari semalam dah nampak gerai2 jualan dibuka dan jalan di dalam kampus USM induk ni mula agak sibuk.

Harap esok2 dapatlah jalan2 kegerai2 konvo, sblm2 ni pun ekspo konvo UM dan UITM je yg pernah pergi, nk try lah kat USM ni.

Hujung minggu ni aku kena pergi Sabah untuk buat kajian di bawah project InSPIRE. Pengalaman baru bg aku, sblm2 ni kerja x pernah pun kena pergi outstation ke apa. Harap aku dapatlah membantu penyelidik2 ni.

Pagi ni ada seorang Dr kat sini belanja nasi kandar untuk staff2 kat sini, dapatlah seorang sebungkus. Ni nak makan ni.. jemput semua..

Selasa, April 28, 2009

Kisah seorang cikgu yang tercampak ke Pulau Banggi, Kudat

Good morning semua, entry ni sebenarnya nk dibuat malam td, tp sbb aku penat sgt rasa, jadi buat pagi ni je lah.

2 hari lepas kebetulan on YM (id: fullfilth sempat promote tu). Dan berbulan2 dah x on YM sbnrnya, tiba2 ada member lama tegur, member ni dulu sama tempat kerja, tp dia kena buang pasal ada kes sikit. X lama dia menganggur, tiba2 dia dapat KPLI. Last jumpa dia pun masa dia tgh study kat maktab perguruan Cheras kalau x silap.

Disebabkan dah lama x nampak, jd agak excited jugaklah nk tau pasal kisah hidup dia, dia pun mcm excited nak cerite. Diringkaskan, dia skrg menjadi guru bahasa inggeris di salah satu sekolah rendah di Pulau Banggi, Kudat. Sempat jugak Google sikit pasal pulau ni, untuk maklumat, keluasan pulau ni 3 kali ganda pulau Langkawi, kedudukan dia di sebelah utara sabah, kira bersempadan laut dengan Filipina.

Dari cerita dia untuk sampai ke pulau tu kena naik bot laju, ada gambar kat bawah, mujur dia ada share gambar, kalau tak, mmg x semangat nk blogkan kisah ni. Di kawasan2 luar bandar ni, keselamatan mmg x diutamakan sgt, kalau karam alamatnya arwah x berkuburlah sbb life jacket pun xde.

Mula2 dia dipostingkan ke sana (bulan Julai 2008), dia cakap, masa yg diambil untuk sampai adalah 4 hari, terpaksa tanya sana-sini, terpaksa tidur sana-sini. Kira mmg adventure abis la, lone ranger pulak tu, dgn semangat membara nk jd cikgu. Sblm tu dia bgtau yg best dulu iaitu apa yg dia dpt. Katanya basic basic: 1900, elaun susah hidup: 1500, elaun rumah: 830, elaun wilayah: 400, elaun khidmat awam: 300, total: 4930. Pehh byk giler, itulah rezeki yang dia dpt setiap bulan.

Cerita suasana kat sana pulak, kat tempat dia kena campak tu, kata dia, elektrik dan air paip xde, terpaksa guna lampu minyak tanah la agaknya (dia ckp lilin), generator x de ke?? air terpaksa tadah air hujan. Nak mandi, kena mandi air telaga (mesti sejuk giler kalau pagi2) Kemudahan telefon xde, line tetap TM xde, manakala line mobile phone mcm Maxis, Celcom dan DiGi langsung xde, kalau nk guna kena naik bot dua jam, baru dapat line.

Kat pulau tu kenderaan x wujud, kereta, motor semua xde, bukan tu saje, jalan pun xde, yg ada jalan untuk jalan kaki jelah. Dia tinggal di kuarters kerajaan, keadaannya x berapa ok, dengan atap berlubang, lantai berlubang, dinding berlubang. Xde yang x berlubang.

Malas pulak nk tulis panjang2 sgt, kesimpulannya, mmg survivor la kalau jd mamat ni, mau culture shock, gaji mmg banyak, tp bila api, air xde, mmg susah tu, internet apatah lagi, nk cucuk kat mana? huhu. Kalau aku rasa, tah ler, bleh sesuaikan diri ke tidak kalau xde internet ni. Yang penting bila balik semenanjung nnt (3 tahun lg katanya) sure duit dah berkepuk byk x ingat.


Ni lantai sekolah dia mengajar, sekolah papan jer, lantai berlubang sana ni, kayu2 banyak yg dah reput.


Murid2 sekolah seronok pergi sekolah, view mmg cantik sgt, tgh2 padang, pokok2 kelapa keliling, dinding open jer, angin masuk direct.


Budah sekolah gi sekolah mcm ni jer, kena lalu padang, pakai kasur sure basah.


Bangunan sekolah, ada berapa kelas je tu, jumlah murid 120 jer dari darjah 1 sampai darjah 6


Murid2, beratur pagi2 sblm masuk kelas, ramai yang pakai selipar dari pakai kasut, baju x tuck-in pun ok jer, x rasa bersalah pun.


Belakang tu stor, bukan dewan yer.


Best jugak pengalaman mcm ni, dapat lari dr kehidupan di KL yg serabut.


Naik bot laju untuk sampai ke tanah besar, nk ke tempat2 lain dalam pulau tu kena naik bot jugak, pusing pulau.


Ni dekat jeti agaknya.


Ni lah dia mamatnya. Ada budak JARING kenal ke? Topi JARING pun ada lagi tu.


p/s: berani nk apply KPLI? nk jd cikgu?