Isnin, Oktober 29, 2007

Buaian berhantu

Buaian berhantu:
BUENOS AIRES: Sekumpulan saintis Argentina diselubungi kebingungan apabila gagal merungkai misteri buaian ‘berhantu’ di sebuah taman permainan yang bergerak secara sendiri.

Akhbar The Sun melaporkan kelmarin, penduduk di bandar Firmat, Argentina, mendakwa salah satu buaian itu bergerak tanpa henti selama 10 hari berturut-turut sebelum tiba-tiba berhenti.

Ketika pakar terus berteka-teki punca misteri berkenaan, kalangan ibu bapa dan kanak-kanak sebaliknya mengaitkan kejadian aneh itu dengan hantu.

“Bagi kami, buaian itu berhantu,” kata seorang guru, Maria de Silva.

Ahli akademik menolak pembabitan medan elektrik dan magnetik sebagai puncanya menyebabkan pihak berkuasa kini terpaksa memanggil pemburu hantu. – Agensi
Related post: , , , ,

1 ulasan: