Rabu, April 16, 2008

Penulis blog tidak kebal

Penulis blog tidak kebal:
"KUALA LUMPUR: Media alternatif jangan menganggap menulis apa saja, termasuk yang berbaur fitnah menerusi blog dalam Internet tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, dengan adanya teknologi canggih termasuk forensik siber, kerajaan dapat mengesan dan mengenal pasti penulis atau mereka yang memfitnah dalam talian atau blog walaupun menggunakan nama lain sebagai pelindung.

“Orang anggap media alternatif ini boleh lakukan apa saja, ia tidak benar kerana baru-baru ini ada kes membabitkan penulis blog dikenakan tindakan undang-undang.

“Walaupun hak menulis apa saja ada pada semua, kita juga masih ada hak mempertahankan orang yang dimalukan dengan kata-kata yang tidak betul,” katanya selepas merasmikan Program Pembangunan Kewartawanan Antarabangsa 2008, di Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.

Seramai 34 wartawan dari dunia ketiga seperti Vietnam, Filipina, Zimbabwe, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia mengikuti kursus Felow Kewartawanan Antarabangsa anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama UM, bermula 13 April hingga 24 Mei depan.

Hadir sama, Ketua Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof Madya Dr Azarae Idris; Pengurus Besar Bernama, Datuk Azman Ujang dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mustapa Omar.

Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga ada hak untuk membela mereka daripada menjadi mangsa penulisan yang tidak benar dan fitnah."
p/s: risau la pulak. hihihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan