Selasa, Oktober 14, 2008

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen esok

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen esok:
"PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

"Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan"

p/s: adehh baru isi minyak td

2 ulasan:

  1. kalau x isi miyak arini..nk tgu esok..mmg xjalan la kan

    BalasPadam
  2. patut derang bgtau minggu lepas, so x la gi isi minyak huhu

    BalasPadam