Monday, April 22, 2024

Happy Earth Day 2024

Assalamualaikum semua. Petang ni nak buat catatan sedikit berkenaan program sambutan Earth Day peringkat tempat kerja. Untuk makluman 22 April setiap tahun telah ditetapkan sebagai hari bumi atau Earth Day di seluruh dunia. Di antara tujuannya ialah sebagai awareness kepada semua orang agar menjaga bumi dengan lebih baik. 

Salah satu inisiatif yang dijalankan di peringkat tempat kerja pada pagi tadi ialah aktiviti menanam pokok di sekitar tempat kerja. Semua HOD telah dikerahkan untuk terlibat dalam aktiviti penanaman pokok ni. Kesian juga kerana ketika penanaman ini matahari agak panas juga. 

Satu lagi dalam merekodkan aktiviti ini drone telah digunakan untuk buat rakan live ke facebook. Problemnya susah betul nak koordinasi masa dengan tempat2 lain. Kemudian dengan masalah lagnya yang tak dapat nak dikawal dah. Sudahnya jadi tak menarik lagi untuk ditonton kerana banyak masalahnya. Apapun pada pagi ini sahaja 1 juta pokok telah ditanam di seluruh Pulau Pinang. Jika tak silap ia akan masuk dalam Malaysian Book Of Record. 

   

Anggota yang terlibat dalam aktiviti pagi ini.

1 juta pokok telah ditanam di seluruh Pulau Pinang.

Sedang gigih menanam pokok.

Lubang telah di gali terlebih dahulu bermula minggu lepas lagi.

Banner Earth Day 2024.

Perbincangan untuk pergerakan rakaman melalui drone.

Setakat ini dahulu.

18 comments:

  1. Bagusnya aktiviti giniπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia pun dah makin memanas, dari pada buat pembangunan yang tak tentu hala elok juga diperbanyakkan pokok2 terutama di kawasan bandar.

      Delete
  2. Bestnya ada landskap dengan tumbuhan tumbuhan renex berhijauan .

    ReplyDelete
  3. ldy hampir dah terlupa tentang hari dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada program apa-apa kita pun lupa.

      Delete
  4. bagus initiatif company faizal. company mama tak buat apa pun hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja kerajaan biasanya ada sahaja program-program begini. Kadang-kadang seronok juga.

      Delete
  5. terbaiklah!
    dalam cuaca panas2 mcm ni boleh gigih lagi tanam pokok
    salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa menggigihkan diri ni. Disebabkan ini program kena ikut aturan waktunya. Kalau tidak baik tanam waktu cuaca redup dan sejuk sedikit.

      Delete
  6. saya sampai lupa earth day :D.. pdhl dulu kantor saya pun tak pernah skip aktifitas ini.. biasanya juga dengan bantu menanam pohon atau mangrove.

    waaah, sambil panas2an ya bang :D. tapi salut bagi yang tetap semangat menanam :). semua demi bumi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialah sekurang2nya ruang2 yang ada tanah tu eloklah di tanam pokok2.

      Delete
  7. Program yang bagus. Bagus diteruskan di masa akan datang. Tak sempat pula nak update Earth Day tahun ni. Tapi sempat jugalah kejar Awards Earth Day 2024 Limited Edition dalam aps fitness sebab workout.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai Apple Watch ke? Saya kalau ikutkan dah lepas sasaran untuk dapat badge tapi entah mengapa tak dapat pula. Kadang tricky sikit Apple ni.

      Delete
  8. Program yang bagus. Bagus diteruskan di masa akan datang. Tak sempat pula nak update Earth Day tahun ni. Tapi sempat jugalah kejar Awards Earth Day 2024 Limited Edition dalam aps fitness sebab workout.

    ReplyDelete
  9. Mi piacciono i blog minimalisti senza fronzoli!Mandi dal Friuli

    ReplyDelete
  10. Wah... bagusnya ofis, ada buat program begini.

    ReplyDelete
  11. seronok dengar sampai 1m pokok dianam. tp yg sedihnya bila dah besar, tak nak trim, akhirnya dipotong. tambah panas jd nya.

    ReplyDelete