Congratz Valentino Rossi


Rasa nk update cepat2 kali ni. Baru je tamat MotoGP Spain ni untuk kategori MotoGP. Belum pun lagi dpt trofi, tgh interview2 lagi tu. Puas hati dengan race kali ni, mula dari 125cc, 250cc ke MotoGP. Sebelum2 ni mmg malas nk layan sangat 125cc dengan 250cc, tp kali ni rasa mcm best jugak kategori tu, kalau bandingkan dengan MotoGP, 125 & 250 lg byk aksi yg membuatkan aku berdebar2.

Untuk 125cc, paling menarik ialah fight untuk tempat ke dua, keputusannya:
  1. Smith
  2. Gadea
  3. Marques
Unuk 250cc, fight untuk tempat teratas. Fight antara Aoyama dengan Bautista. Dua2 rider ni ada matlamat sendiri, Aoyama nak tebus balik kekalahan di tempat sendiri minggu lepas (Motegi, Japan). Bautista pulak anak tempatan (Spain). Jadi track Jerez, Spain ni mmg track dia ikutkan, dua2 rider mmg boleh potong antara satu sama lain, Aoyama xde peluang lain, terpaksa berjuang sampai lap last, corner last untuk potong Bautista ni. Bautista bengang giler, tp terpaksa tunjukkan semangat sukan di hadapan ribuat peminat tempatan. Mesti ramai yang berharap dia menang. Dalam pada tu fight untuk tempat ketiga pun x kurang hebatnya antara Simoncelli dgn Barbera. Keputusan akhir:
  1. Aoyama
  2. Bautista
  3. Simoncelli
Kategori MotoGP agak kurang aksi menarik sbnrnya berbanding 125cc dan 250cc, paling menarik pun, struggle Rossi untuk kejar tempat pertama dari tempat keempat. Satu-satu dia potong, bermula dari Lorenzo (geng satu team). Lepas tu kejar Stoner, masa nk potong Stoner tu, terkengkang jugaklah Rossi, lepas tu jenuh jugak dia nk kejar Dani Pedrosa sbb mmg gap agak jauh time tu. Lepas potong Pedrosa kedudukan stay mcm tu jer, Rossi - Pedrosa - Stoner - Lorenzo. Lorenzo cuba nk kejar Stoner, dan berjaya mendekatkan jarak, tp agak kecewa bila Lorenzo jatuh rasa dalam last 10 lap. Keputusan akhir:
  1. Rossi
  2. Pedrosa
  3. Stoner
Keseluruhan point untuk 3 race:
  1. R0ssi 65
  2. Stoner 54
  3. Lorenzo 41
Race seterusnya pada May 17, 2009 (2 minggu lagi) di litar Le Mans, France.

Boleh baca liputan untuk race sbelum ni kat link bawah ni:
  1. Qatar
  2. Japan
Macam biasa twitter stream aku aku akan penuh dengan hashtag #motogp!