Majlis perkahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar


Pagi tadi aku bertolak ke Parit Buntar dengan partner in crime aku dalam pukul 8 pagi lebih. Perjalanan kurang lancar kerana banyak kenderaan menggunakan lebuhraya hari ini sempena cuti sekolah dan juga cuti sempena keputeraan yg dipertuan agong. Berhenti sebentar di R&R Rawang untuk sarapan, akibat terlalu ramai manusia, suasana kurang menyenangkan, makanan banyak yg dah habis, yg tinggal pun rasa tah apa2 je. Tp belasah jugaklah sbb xde pilihan lain.

Perjalanan diteruskan menuju Parit buntar, tukar driver x lama lepas tu sbb agak mengantuk dan penat berulang ke Triang smlm pun x hilang lagi. Perjalanan agak lancar sedikit selepas Ipoh.

Tiba di rumah pengantin tanpa masalah dengan co-pilot berpengalaman, sampai lebih kurang pukul 1 lebih, ketika ini pengantin masih belum tiba. Makan dulu nasi kenduri, dan laksa. Tiba2 pengantin pun sampai lebih kurang pukul 2, sempatlah mengambil beberapa keping gambar, si Saqib jd pengapit dan mcm dia yg nk kawen, amik berkat katanya, dia pun dah x lama dah nak kawen, katanya kalau boleh dia nk secepat mungkin (tambah je ni). Lepas tu pengantin masuk kerumah dan bergambar sekejap di tempat makan sebelum masuk kedalam rumah, mungkin ada pelamin kat dalam tu, malas pulak nak usha.

Lepas tu aku pun chow dari Parit Buntar, malas nak keluar awal ke highway, lalu ikut jalan dalam dulu. Lepas tu baru masuk highway untuk terus balik. Sampai ke Gombak dalam pukul 7 lebih, org tgh Azan ketika sampai tu. Penat masih terasa tp malam ni kerja N shift. Layan je laa.

Kpd Din, selamat pengantin baru. Moga berbahagia ke anak cucu. Masuk keje nnt kena buat kenduri sekali lagi untuk kawan2 haha..