Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan

Isnin, April 27, 2015

Majlis Akad Nikah Faiz & Sharmella

Jurunikah mencari wali
Antara yang hadir
Abang Murad, Kak Misah, Acu, Achik dan Mak
Aku janji
Penyerahan duit mas kahwin
Selesai majlis
Alhamdulillah
Sharmella bersalaman dengan Mak
Di atas pelamin

Selasa, Januari 12, 2010

Gambar2 dari Majlis Perkahwinan Ain...

Pada hari Sabtu 9 Januari 10, Boss & Mel telah berangkat ke Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan utk menghadiri Majlis Perkahwinan Manager terkiut ada2aje.. Cik yang kini Puan Nadzilatul Ain. Kami bertolak dari Gombak pada pukul 10 pg. Hari sebelumnya (Jumaat) kami bertolak dari USM Penang setelah selesai solat Jumaat dan sampai Gombak dalam pkl 8.30 ptg. Walaupun agak penat.. semangat mmg berkobar2 utk menghadirkan diri ke majlis yg indah lagi meriah ini.

Kami sampai di rumah ain dlm pukul 1.30tgh.. Mel sempat masuk ke bilik pengantin utk bersalaman & berpelukan dgn ain.. kemudian kami makan..lepak2 jab tunggu ain bersanding.. Masa ain tgh bersanding kami terpaksa mengundur diri kerana kami ada urusan lain yg perlu diselesaikan dan terus balik ke Gombak. Sampai Gombak pun dah pukul 9 malam... Hari Ahad pg2 kami kononnya nak balik Penang tapi singgah di IKEA.. last2 pkl 2.oo ptg baru kami gerak dari KL ke Penang.

Kepenatan mmg terasa hingga hari ini... tapi yg penting kami gembira kerana dapat juga pergi ke majlis perkahwinan Ain... Rasa amat terkilan kalau tak dapat pergi sebab Ain sentiasa ada di mana2 jemputan yang kami adakan.. Alhamdulillah.. Syukur sangat...

Semoga Ain berbahagia hingga akhir hayat di samping suami tersayang.. moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah & kehidupan dirahmati Allah sentiasa... AMINN..

Kawen ain
Pengantin baru sampai.. sedang menuruni jalan yg agak curam depan rumah Ain..

Kawen ain
Pengantin sedang diarak ke arah pelamin..

Kawen ain
Lawa pelamin yg serba putih dipadankan dengan persalinan kuning diraja


Kawen ain
Cantikkan..


Kawen ain
Berseri-seri di atas pelamin

Kawen ain
Boss yg sibuk bertweet :P


Kawen ain
Kekenyangan daa.. huhu


~Faizal & Mel
p/s gambar tak bnyk..yg lain ada dlm hp boss..

Ahad, Jun 07, 2009

Majlis perkahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar

Kahwin Salahuddin - Parit Buntar


Pagi tadi aku bertolak ke Parit Buntar dengan partner in crime aku dalam pukul 8 pagi lebih. Perjalanan kurang lancar kerana banyak kenderaan menggunakan lebuhraya hari ini sempena cuti sekolah dan juga cuti sempena keputeraan yg dipertuan agong. Berhenti sebentar di R&R Rawang untuk sarapan, akibat terlalu ramai manusia, suasana kurang menyenangkan, makanan banyak yg dah habis, yg tinggal pun rasa tah apa2 je. Tp belasah jugaklah sbb xde pilihan lain.

Perjalanan diteruskan menuju Parit buntar, tukar driver x lama lepas tu sbb agak mengantuk dan penat berulang ke Triang smlm pun x hilang lagi. Perjalanan agak lancar sedikit selepas Ipoh.

Tiba di rumah pengantin tanpa masalah dengan co-pilot berpengalaman, sampai lebih kurang pukul 1 lebih, ketika ini pengantin masih belum tiba. Makan dulu nasi kenduri, dan laksa. Tiba2 pengantin pun sampai lebih kurang pukul 2, sempatlah mengambil beberapa keping gambar, si Saqib jd pengapit dan mcm dia yg nk kawen, amik berkat katanya, dia pun dah x lama dah nak kawen, katanya kalau boleh dia nk secepat mungkin (tambah je ni). Lepas tu pengantin masuk kerumah dan bergambar sekejap di tempat makan sebelum masuk kedalam rumah, mungkin ada pelamin kat dalam tu, malas pulak nak usha.

Lepas tu aku pun chow dari Parit Buntar, malas nak keluar awal ke highway, lalu ikut jalan dalam dulu. Lepas tu baru masuk highway untuk terus balik. Sampai ke Gombak dalam pukul 7 lebih, org tgh Azan ketika sampai tu. Penat masih terasa tp malam ni kerja N shift. Layan je laa.

Kpd Din, selamat pengantin baru. Moga berbahagia ke anak cucu. Masuk keje nnt kena buat kenduri sekali lagi untuk kawan2 haha..

Ahad, Ogos 10, 2008

Selamat pengantin baru - Rasis & Yusliana



Tahniah buat Rasis & Yusliana, moga berbahagia selalu. Rasis merupakan salah seorang member online (ada2aje). Lebih banyak gambar di sini. Gambar ihsan hantukacak.

Ahad, Jun 29, 2008

Selamat pengantin baru Ayu & Azmir




Selamat pengantin baru ducapkan, moga berkekalan. Kepada member2 ada2aje, terima kasih diucapkan, seronok jugak laa. Lebih byk pics di sini.

Ahad, April 08, 2007

Perkahwinan satu amanah

Mohon depan Kaabah
KUALA LUMPUR: Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“TERUS terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Perkahwinan satu amanah
KUALA LUMPUR: Walaupun yakin terhadap kejujuran pasangan, setiap suami atau isteri masih perlu berjaga-jaga kerana perkara yang tidak diduga boleh berlaku dalam kehidupan berumah tangga.

Perunding motivasi, Ahmad Shukri Yusoff, berkata walaupun ada latar belakang agama yang kukuh, ia bukan jaminan seseorang itu tidak terlanjur melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Mengulas kejadian yang berlaku ke atas Azman dan isterinya, Ahmad Shukri berkata, dalam melayari alam rumah tangga, tumpuan utama yang perlu diberikan suami isteri adalah menyuburkan kasih sayang antara satu sama lain.

Katanya, melalui kasih sayang, ia sekurang-kurangnya mampu menghalang suami atau isteri berbuat perkara yang mampu meruntuhkan ikatan perkahwinan.

“Satu lagi perkara yang perlu dititikberatkan ialah, suami isteri perlu sentiasa membincangkan apa jua masalah yang dirasakan perlu diketengahkan.

“Begitupun, pada zaman ini apa yang berlaku ialah suami isteri jarang duduk semeja untuk berbincang berikutan masing-masing sibuk.

“Natijahnya, sama ada suami atau isteri yang ada masalah hanya mampu memendam perasaan sehingga timbul masalah seperti curang dengan pasangan,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, sesebuah perkahwinan juga perlu dianggap sebagai amanah Allah yang perlu dijaga sebaik mungkin.

“Kini, kebanyakan suami isteri beranggapan perkahwinan sebagai sesuatu yang biasa. Jika perkahwinan dianggap sebagai amanah, suami atau isteri akan menganggapnya sebagai tanggungjawab dan ia menimbulkan perasaan takut untuk berbuat perkara yang menyalahi hukum Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Syariah, Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Raihanah Abdullah, berkata jika benar seperti didakwa, bekas isteri Azman hanya mempunyai asas agama yang kukuh, tetapi benteng imannya rapuh.

“Sepatutnya jika ada ilmu, ia perlu dijadikan benteng untuk mengelak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama, tetapi jika sampai ke satu tahap sanggup berlaku curang kepada suami, mungkin jiwanya rosak,” katanya.

Sambil menyifatkan pelakuan wanita seperti bekas isteri Azman sebagai pelik dan kes terpencil, Raihanah mengakui kesal dengan apa yang berlaku.

Katanya, dosa ditanggung bekas isteri Azman lebih berat kerana dia tahu perbuatannya salah.


Related post: , , , ,

Ahad, Mac 18, 2007