Gambar2 dari Majlis Perkahwinan Ain...

Pada hari Sabtu 9 Januari 10, Boss & Mel telah berangkat ke Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan utk menghadiri Majlis Perkahwinan Manager terkiut ada2aje.. Cik yang kini Puan Nadzilatul Ain. Kami bertolak dari Gombak pada pukul 10 pg. Hari sebelumnya (Jumaat) kami bertolak dari USM Penang setelah selesai solat Jumaat dan sampai Gombak dalam pkl 8.30 ptg. Walaupun agak penat.. semangat mmg berkobar2 utk menghadirkan diri ke majlis yg indah lagi meriah ini.

Kami sampai di rumah ain dlm pukul 1.30tgh.. Mel sempat masuk ke bilik pengantin utk bersalaman & berpelukan dgn ain.. kemudian kami makan..lepak2 jab tunggu ain bersanding.. Masa ain tgh bersanding kami terpaksa mengundur diri kerana kami ada urusan lain yg perlu diselesaikan dan terus balik ke Gombak. Sampai Gombak pun dah pukul 9 malam... Hari Ahad pg2 kami kononnya nak balik Penang tapi singgah di IKEA.. last2 pkl 2.oo ptg baru kami gerak dari KL ke Penang.

Kepenatan mmg terasa hingga hari ini... tapi yg penting kami gembira kerana dapat juga pergi ke majlis perkahwinan Ain... Rasa amat terkilan kalau tak dapat pergi sebab Ain sentiasa ada di mana2 jemputan yang kami adakan.. Alhamdulillah.. Syukur sangat...

Semoga Ain berbahagia hingga akhir hayat di samping suami tersayang.. moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah & kehidupan dirahmati Allah sentiasa... AMINN..

Kawen ain
Pengantin baru sampai.. sedang menuruni jalan yg agak curam depan rumah Ain..

Kawen ain
Pengantin sedang diarak ke arah pelamin..

Kawen ain
Lawa pelamin yg serba putih dipadankan dengan persalinan kuning diraja


Kawen ain
Cantikkan..


Kawen ain
Berseri-seri di atas pelamin

Kawen ain
Boss yg sibuk bertweet :P


Kawen ain
Kekenyangan daa.. huhu


~Faizal & Mel
p/s gambar tak bnyk..yg lain ada dlm hp boss..

1 comment:

@tune® said...

kuning