Isnin, Februari 01, 2010

New domain faizalr.com


Nak cerita pasal domain baru faizalr.com. Sbnrnya dah lama sgt nk memiliki 1 domain yg official untuk aku sendiri, mungkin keperluan tu xde pun buat masa skrg ni, sbnr pakai blogspot pun dah ok pada aku, cuma akan datang siapa tahukan, mana tau kot ada projek2 gempak yg memerlukan aku menghasil website official aku ala2 mcm portfolio ke, atau apa2 je lah. Buat masa ni biarlah aku guna untuk blog kesayangan aku ni, dah 4 tahun kut aku berblog ni, mcm2 telah dilalui dan blog ni pun dah evolve.

Sbnr kalau tgk post dr awal semacam ada patern tertentu tentang apa yg aku post, semuanya bergantung kpd apa yg aku minat pada masa itu, kelapangan aku, keboringan aku, semuanya aku main masuk je, senang cerita blog ni xde niche.

Buat masa skrg ni, aku guna untuk post gambar2 yg aku ambil setiap hari menggunakan iPhone aku. Kalau xde iPhone dgn unlimited data plan mungkin x jd mcm ni kut blog ni. Dgn bercambahnya app2 untuk photography yg boleh didownload di App Store atau iTunes, jawabnya xde apa pun gadget2 baru yg mampu menarik minat aku, cukuplah iPhone 3G ni, xperlu 3GS, Nexus One, Blackberry atau yg terlatest iPad (xdak camera langsung haha).

Aku ada plan sbnr nk buat satu site khas untuk photography shj, specificnya untuk category #iphoneography. Kalau nk tau lebih lanjut boleh usha ada satu group kat flickr: iphoneography. Kalau korang minat photography mesti teruja punya tgk2 gambar2 dlm flickrstream group ni. Site tu kalau bleh xmau la pakai blogspot, kalau bleh nk pakai template yg lebih power, wordpress ke, dgn jquery plugin untuk view gambar dgn lebih gempak. Maybe kena pakai hosting kut, sapa2 faham dan reti nk buat menda ni bleh la bgtau aku mana tau kut boleh deal.

Knp faizalr.com? Aku dah try cari yg cun2 biasa la semua dan org amik, yg ni kira ok la r tu nama org tua aku, kalau nk amik full panjang sgt. huruf r kat hujung tu pun pernah jd trend zaman awal2 web 2.0 dulu, cth site yg pakai flickr. Dah cukup dulu setakat ni, byk nk citer sbnr tp aku x suka citer panjang2 huhu, merapu2 je nnt..

p/s: TQ Mel belanja domain :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan