USM buka kampus di India

myMetro | USM bakal buka kampus di India:

KOTA BHARU: Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menempa nama di peringkat global apabila merancang membuka sebuah kampus di India dengan pengambilan sulung dijangka Julai ini.

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dzulkifli Abd Razak, berkata universiti dikenali sebagai Jawaharlal Nehru Medical University Belgaum itu menawarkan bidang pengajian perubatan.

Katanya, tawaran membuka kampus cawangan terbaru itu selepas pihaknya menerima pelawaan kerajaan India bagi menampung keperluan pelajar Malaysia dan antarabangsa yang berminat dalam bidang perubatan.


“Kami berbangga dengan pelawaan terbabit kerana sejak USM ditubuhkan, akhirnya kami diberi peluang untuk mengendalikan kampus perubatan baru yang turut mengambil kakitangan negara India.


“Segala kemudahan bagi menyediakan prasarana untuk kampus USM yang akan ditempatkan di Jawaharlal Nehru Medical University diuruskan pihak negara berkenaan dan kita gunakan sepenuhnya kurikulum bersepadu yang diguna pakai USM,” katanya.


Dzulkifli berkata demikian selepas berucap pada Konvensyen Kualiti Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di sini, semalam.

Pada majlis itu, USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian menerima anugerah sijil MS 9001:2008 selain penyampaian hadiah Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dan pertandingan kualiti peringkat kampus berkenaan.


P/s: cool!

No comments: