Komen aku berkenaan kes pembunuhan Datuk Sosilawati

Bar Council logo
Baru sebentar tadi aku dapat info melalui twitter tentang siapa datuk yang ditangkap dan merupakan suspek pembunuh Datuk Sosilawati. Dari info itu, Datuk itu merupakan ahli Bar Council berbangsa India. Dalam blog itu, telah dikaitkan kes ini dengan politik. Pada aku jenayah sebegini perlulah ditangani dengan penuh keadilan, rakyat Malaysia bernaung di bawah undang2 yang sama tak kira bangsa atau agama, yang banyak mendapat pengecualian undang2 biasanya adalah org politik, xkira di sebelah pembangkang atau pemerintah. Bila org berkepentingan terlibat kes akan jd complicated, bertahun2 tidak selesai, sedang jika rakyat yang tiada apa2 kepentingan menjadi mangsa undang2 tiada siapa akan peduli.

Dicadangkan jgnlah terikut2 sangat dengan mainan politik ini, sentiasalah berpegang pada keadilan, x kira bangsa, agama, berkepentingan atau rakyat biasa, kita berada dalam undang2 yg sama, yang salah perlu dihukum, yang tidak salah perlu dibebaskan, mangsa jenayah perlu dibela. Bersama berjuang untuk Malaysia yg lebih baik dan selamat untuk anak2 kita.