Day 2: Melihat kemusnahan Bandar Christchurch

Kepada yang belum baca post pertama dalam siri ini bolehlah baca di sini.

Pada hari pertama sebenarnya kami telah pusing2 bandar Christchurch untuk melihat salji, salji mmg ada lagi di padang2 walaupun salji sudah tidak turun lagi, dua hari sebelum kami sampai salji turun dengan lebat sekali. Dalam pada nak melihat salji tu kami pusing2 ke arah bandar Christchurch, bandar ni kini sudah jadi seperti bandar mati. Dua gempa bumi kuat yang melanda bandar ini telah membuatkan bangunan musnah, bangunan byk yang telah tidak lg boleh digunakan retak sana-sini. Byk premis perniagaan terpaksa tutup kedai atau berpindah ke tempat lain. Byk jalan ditutup untuk kerja2 pemuliharaan semula dan berisiko tinggi.

Christchruch merupakan bandar paling besar dalam south island New Zealand. Terletak dalam district Centerbury. Dilaporkan 26000 orang telah berpindah dari Centerbury sejak gempa bumi. Phobia tentang gempa bumi masih dirasai kerana di hari2 biasa gegaran masih boleh dirasai. Kami sendiri dapat merasai gempa bumi pada malam terakhir di sini. Walaupun hanya 4.2 magnitude ia sudah cukup mengejutkan aku dari tidur, masa tu 3:00 AM. Di bandar ini banyak sekali bangunan2 lama yg di bina di zaman awal kemasukan orang Eropah, antaranya bangunan yang banyak adalah gereja, boleh dikatakan kebanyakan gereja mengalami kerosakan teruk akibat gempa.

Hari kedua ini kami ke bandar untuk menyewa kereta, kami telah cari diinternet dahulu nombor dan alamatnya, terpaksa berpusing2 dalam bandar kerana banyak jalan ditutup sehingga terpaksa telefon premis itu, kami menyewa Toyota Previa dengan harga NZD85 sehari termasuk sewa snow chain in-case salji turun dimana2 dalam trip nnt. Selesa juga MPV ini, kalau kat Malaysia kira Estima. Sampai ada yg berhajat nak tukar pakai Estima haha. Ok sambung lagi nanti dengan trip...

Day 2: Melihat kemusnahan bandar Christchurch