Entry ini adalah entry keempat dalam siri blog New Zealand south island trip. Boleh baca entry sebelumnya di sini.
Bandar Dunedin merupakan salah satu bandar yang yang selalu dilabel sebagai antara bandar paling cantik di dunia. Bandar ini terletak di lereng bukit, jalanraya di sekitar bandar ini banyak yang berbukit. Bukan sahaja di kawasan bandar tetapi kawasan perumahan juga dibina di lereng bukit. Antara attraction yang menarik adalah di sini terdapat kilang Cadbury yang besar sekali, kilang ini menyediakan tour berbayar kepada pengunjung yang ingin melawat dan membeli coklat Cadbury. Kami tidak melawat kilang ini kerana agak kesuntukan masa untuk meneruskan perjalanan seterusnya yang lebih jauh dari perjalanan semalam.
Pagi di Dunedin kami ke city centre, seperti biasa bangunan-bangunan classic menjadi tumpuan selain tugu-tugu peringatan, kami sempat juga bershopping cenderamata sedikit di sini. Selepas bergambar sekitar bandar kami ke tourist information center untuk mencari info tempat penginapan di tempat yang akan kami pergi seterusnya, selain itu kami juga mencari tour untuk ke Milford Sound. Maklumat seperti ini penting supaya tidak susah kemudian dalam trip main redah ni.
Selepas itu kami menuju ke satu tarikan menarik di Dunedin ini, iaitu the world steepest street di Baldwin Street. Sebenarnya sebelum ini pernah tahu pasal tarikan ini dari email2 group @ada2aje. Macam tak sangka boleh sampai juga ke tempat ni. Kalau tak dapat tengok ikut internet je lah. Sampai ke tempat ini (dengan bantuan map) kami terus park kat kaki bukit, melihat dari bawah rasanya mustahil dapat sampai ke atas bukit tu, sangatlah curamnya. Dalam pada kami bergambar sekitar Baldwin Street tu, berpeluang melihat satu van yang agak lama mendaki bukit ni, ala2 van vanette. Untuk mula ke tempat yang curam ke atas tu ada dalam seratus meter jalan mendatar jadi van itu memecut dengan lajunya sepanjang jalan mendatar tu sebelum mendaki, dapat agak van ni sure van yang menggunakan gear manual, kalau auto ntah boleh lepas ke tidak. Terfikir jugak kat bandar lereng bukit macam ni mana yang senang pakai gear auto atau manual? Dua2 perlu rasanya haha. Kalau tak biasa mmg susah. Selepas puas bergambar kami menuju ke Portobello Road melalui Andersons Bay. bersambung...
Memaparkan catatan dengan label christchurch. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 14, 2011
Khamis, Ogos 11, 2011
Day 2: Perjalanan ke Dunedin melalui Timaru
Entry ini bersambungan dengan entry ini.
Setelah menyewa Previa aka Estima tu kami pun siap2 untuk memulakan trip dari Christchurch ke Dunedin. Perjalanan ini akan melalui 2 bandar yang agak besar iaitu Ashburton dan Timaru, Ashburon tu mungkin dari nama orang putih manakala Timaru tu mungkin dari perkataan orang asal New Zealand iaitu Maori. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih. Permulaan perjalanan @melamyra drive pasal aku tak berapa confident nak drive dalam town sekitar Christchurch tu, rules jalanraya dia lain, traffic light hanya untuk jalan terus sahaja, untuk ke kiri contohnya kena utamakan org dari depan dulu, satu lagi priority lebih kepada pejalan kaki atau yang berbasikal. Senang cerita jalanraya bukan bapak kau yang punya kat sini. Harga petrol kat sini NZD 2.07/l baru turun 3 sen sbb mengikut harga pasaran dunia.
Oops lupa sebelum memulakan perjalanan tu sempat carikan @erynazu jaket bundle kat kedai. NZD 6 sahaja. Lawa sangat walaupun nampak boyish sikit huhu. Ada bawak jaker untuk Eryna tp tak cukup tebal untuk suhu bawah 10C serta berangin sepoi2 bahasa.
Bila masuk kawasan agak luar bandar mula nampak ladang2 di tepi2 highway, highwaynya jalan biasa sahaja bukan macam highway di Malaysia, tiada tol di sini. Jalan 2 hala sekali sekala akan ada kawasan khas untuk memotong. Kalau dikawasan jalan sehala takde pulak kereta dari belakang nak cucuk angin kalau bawak selow. Paling laju boleh bawak kat NZ ni 100km/j sahaja, kat town2 kecil bila nampak signboard 70 ke 80 ke terus kena perlahankan speed. Serta-merta. Perjalanan awal ni wife aku yg bawak. Angin lintang kuat jd mmg tak boleh nak speed pun. Ada juga lalu jambatan2 yang panjang bagaimana pun sungai2nya tak banyak air sangat. Mungkin ikut musim.
Kalau bawa budak kecil wajib pakai baby car seat kalau tak kena saman, Alhamdulillah sepanjang perjalanan Eryna selesa je duduk dalam car sear dia, mungkin sbb tinggi dan dapat tengok luar.
Tiba di Timaru kami mencari park2 yang ada untuk mengisi perut, mmg kat sini makanan kena prepare awal2 kalau tak susah. Kami lepak di satu park dekat dengan hospital. Makan roti dengan tuna dan mayonaise. Sungguh menyelerakan. Cuaca ketika itu sudah mula gelap pukul lima dah mula menggelap. Jadi perjalanan perlu diteruskan segera, takut lambat sampai Dunedin yang letaknya lagi separuh perjalanan. Separuh lagi perjalanan ni aku drive pulak first time drive kat NZ rasa lain macam sikit lama2 jadi biasa lah. Hari makin gelap jadi nak tak nak terpaksa jugak speed sikit walaupun risau sebab hujan turun dengan lebat pulak dan jalan licin. Dalam 2-3 jam drive dalam keadaan yang agak mencabar tu kami pun akhirnya sampai ke Dunedin.
Lupa lagi, semalam kami dah book satu motel kat Dunedin ni, jadi dah mmg tahu mana nak tuju berpandukan map, wajib kena bawak map setiap bandar2 yg nak singgah. Kalau ada mobile internet senang tp mahal la nak roaming pun pikir 2 kali. Sampai motel dalam pukul 8 malam rehat sekejap sebelum keluar balik kononnya nak cari kedai turkey untuk makan. Jumpa kedai tu tp takde logo halal jadi pusing balik ke motel dan masak la kat situ walaupun penat. Kena sardin dengan nasi panas2 sangat sedap dikala cuaca sejuk. Kat motel ni ada service internet dengan bayaran NZD 10 untuk sehingga 500Mb download shj. Ngam2 sampai esok nya nak check out habis service. Bersambunglah lagi...

Selasa, Ogos 09, 2011
Day 2: Melihat kemusnahan Bandar Christchurch
Kepada yang belum baca post pertama dalam siri ini bolehlah baca di sini.
Pada hari pertama sebenarnya kami telah pusing2 bandar Christchurch untuk melihat salji, salji mmg ada lagi di padang2 walaupun salji sudah tidak turun lagi, dua hari sebelum kami sampai salji turun dengan lebat sekali. Dalam pada nak melihat salji tu kami pusing2 ke arah bandar Christchurch, bandar ni kini sudah jadi seperti bandar mati. Dua gempa bumi kuat yang melanda bandar ini telah membuatkan bangunan musnah, bangunan byk yang telah tidak lg boleh digunakan retak sana-sini. Byk premis perniagaan terpaksa tutup kedai atau berpindah ke tempat lain. Byk jalan ditutup untuk kerja2 pemuliharaan semula dan berisiko tinggi.
Christchruch merupakan bandar paling besar dalam south island New Zealand. Terletak dalam district Centerbury. Dilaporkan 26000 orang telah berpindah dari Centerbury sejak gempa bumi. Phobia tentang gempa bumi masih dirasai kerana di hari2 biasa gegaran masih boleh dirasai. Kami sendiri dapat merasai gempa bumi pada malam terakhir di sini. Walaupun hanya 4.2 magnitude ia sudah cukup mengejutkan aku dari tidur, masa tu 3:00 AM. Di bandar ini banyak sekali bangunan2 lama yg di bina di zaman awal kemasukan orang Eropah, antaranya bangunan yang banyak adalah gereja, boleh dikatakan kebanyakan gereja mengalami kerosakan teruk akibat gempa.
Hari kedua ini kami ke bandar untuk menyewa kereta, kami telah cari diinternet dahulu nombor dan alamatnya, terpaksa berpusing2 dalam bandar kerana banyak jalan ditutup sehingga terpaksa telefon premis itu, kami menyewa Toyota Previa dengan harga NZD85 sehari termasuk sewa snow chain in-case salji turun dimana2 dalam trip nnt. Selesa juga MPV ini, kalau kat Malaysia kira Estima. Sampai ada yg berhajat nak tukar pakai Estima haha. Ok sambung lagi nanti dengan trip...

Isnin, Ogos 08, 2011
Day 1: New Zealand Natural
Hehe baru nak update blog pasal trip ke NZ minggu lepas. Sebelum ke NZ aku dan @melamyra dah plan aktiviti kat sana. Kami akan tour south island New Zealand, untuk yang tak tahu New Zealand terbahagi dua pulau utara dan pulau selatan, macam Malaysia jugak la terbahagi dua. Tour south island ni mmg agak fames sbb kalau nak pergi setempat shj di bandar2 di south island ni mmg tak berapa menarik, tak byk tempat boleh pergi & akan rugi untuk menikmati permandangan2 indah sepanjang tour. Pada yang berminat bolehlah tgk post plan trip yang dipost sebelum ini. 90% kami ikut plan asal cuma malam akhir sebelum balik ke Christchurch tu tak confirm sama ada nak bermalam di Queenstown atau sekitar Lake Tekapo.
Kami tiba dalam pukul 2 PM waktu NZ (+12). Petang tu kami hanya ke Mall sahaja kerana penat 9 jam atas flight. Shopping sikit untuk bekalan trip esok. Makanan mentah dibawa sbb kami plan menginap dimotel jadi boleh masak, lebih baik masak dari cari halal food yang susah nak jumpa dan semestinya mahal. Selain tu sempat pekena New Zealand Natural kat New Zealand, mcm la kat Malaysia takde kan, dah la sejuk, layan je la. Bersambung...

Langgan:
Catatan (Atom)