Day 4: Te Anau to Milford Sound I

Bersambung dari entry ini. Dicadang baca dulu dari awal.

Hari keempat merupakan hari dimana paling banyak gambar diambil. Sukar rasa nak pilih gambar yang nak dipublish. End up aku terpaksa bahagikan trip ke Milford Sound ni kepada 2 atau 3. Bergantung kepada blogpost seterusnya insyaAllah.

Telah diceritakan sebelum ini kami telah tempah untuk trip ni sewaktu check in motel malam tadi. Pekerja motel telah maklum supaya standby pukul 8:30 AM untuk trip ini. Untuk pengetahuan Te Anau dan Milford Sound ni terletak di Fiordland National Park iaitu taman negara terbesar di New Zealand. Tarikan trip ni adalah view gunung-ganang dan tasik2 luas selain pengalaman menaiki kapal keluar ke lautan luas. Permulaannya kami menaiki bas menuju Milford Sound, perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Pemandu pelancong mengarahkan kami membawa baby car seat. Kat NZ ni baby mmg kena letak dalam car seat sampailah umur 4-5 tahun. Lepas tu baru boleh duduk seat biasa.

Awal perjalanan kami melalui kawasan ladang2 luas, tidak lama kemudian kami memasuki kawasan pergunungan bersalji, di sebelah kiri terdapat tasik-tasik yang luas, actually mula tu ingatkan laut. Dalam perjalanan driver bus berhenti di tempat2 menarik, tu yang beratus2 gambar diambil untuk hari ini shj. Paling teruja bila berhenti di tempat bersalji, dapatlah merasa main salji.

Selain dari tempat bersalji, kami juga berhenti di kawasan agak berhutan, semestinya tidak sama dengan hutan di Malaysia, kat sini sangat sejuk, rasanya nak berjalan beribu kilometer takde masalah. Cehh.. Ada seketika berhenti di satu tasik tu bernama Mirror Lake, tasik ni sungguh jernih boleh nampak ikan trout yang besar2 kambing berenang di dasar tasik, tahan sejuk betul ikan2 tu. Sepanjang perjalanan yang nampak hanya putih2 salji di merata tempat, driver bus memberitahu salji turun agak kuat, banyak kesan salji runtuh di tepi jalan, so far semua telah di alihkan oleh lori, kalau tidak ada kemungkinan tak boleh lalu. Sungai banyak yang telah jadi ais, ada juga kawasan di mana jeram2 masih berair deras hanya di tepi2 sahaja yang telah membeku.

Setelah agak lama kami pun tiba di jeti Milford Sound dimana satu tempat seperti jeti, kami menunggu sebentar sebelum trip menaiki kapal ke lautan luas. Bersambung...

Day 4: Te Anau to Milford Sound I Day 4: Te Anau to Milford Sound I

3 comments:

deaf said...

hah, ada pun naik bas

beb, smalam kat sokkabar singapore, cerita pasal mamat ni pergi Los Angeles, dua minggu, all the way dia naik bas ngan mrt ( semua public transport ) dia belanja $20US aje.
Best giler dia tulis..

Faizal Rahman said...

Kalau trip lone ranger ok bro, mg boleh jimat. Byk tempat boleh pegi.

shafarina said...

cantik sgt la gambar2 tu. pi buat photobook tau!