Day 3: Portobello, Dunedin ke Te Anau melalui Lumsden

Entry ini adalah bersambung dari entry ini.

Penat betul rasanya nak menghabiskan blogging tentang trip ke south island New Zealand ni, mungkin sebab bulan puasa. Jadi malas untuk menulis (alasan munasabah tp mcm la bulan lain tu rajin sangat). Setelah melawat The World Steepest Street (Baldwin Street), kami perlu meneruskan perjalanan ke Te Anau, melalui Gore, Lumsden dan bandar kecil lain. Sebenarnya kami berkira-kira sama ada nak terus ke Te Anau atau berhenti di Lumsden utk bermalam. Semua bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau ikut Google Maps perjalanan dari Dunedin ke Te Anau hanya mengambil masa 3 jam 45 minit, hakikatnya perjalanan ni mengambil masa 5-6 jam, mungkin sebab speed limit maksimum hanya 100km/h, di bandar2 kecil lg kurang.

Sebelum ke Te Anau kami sempat singgah sebentar di Portobello, tempat ini merupakan sebuah pelabuhan. Untuk ke Portobello perjalanan melalui kawasan pelabuhan. Boleh tengok gambar2 di bawah, permandangan sangat cantik dari seberang boleh nampak keseluruhan bandar Dunedin yang terletak di lereng bukit. Sewaktu itu matahari terlindung oleh bukit bukau hanya cahayanya nampak memantul di air laut. Suasana yang sungguh mengasyikkan.

Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan, seperti biasa waktu awal wife aku akan drive dulu, dia akan drive halfway, aku akan drive halfway biasanya. Dan biasanya aku akan drive sampai ke malam. Bila wife aku drive dapatlah aku melayan permandangan2 yang cantik. Perjalan ke arah barat ini sangat berbeza dari perjalan dari Christchurch ke Dunedin (Utara ke Selatan). Dalam perjalanan dari Christchurch ke Dunedin, ladang2 terbentang luas, angin sangat kuat, biasanya pokok2 tinggi akan ditanam di tepi jalan untuk mengurangkan kekuatan angin lintang. Perjalanan dari Dunedin ke Te Anau pula berbeza, ladang2 tidak lagi rata, semuanya berbukit2 di belakang lagi akan dihiasi dengan gunung-ganang yang gagah berdiri. Terpaku mata dibuatnya.

Boleh nampak betapa banyaknya biri2 dan lembu di New Zealand ni. Ada ladang yang bila tengok dari jauh nampak mcm ulat2 putih sebenarnya adalah biri-biri. Teringin juga nak berhenti tp sebab mengejar masa kami tak berhenti untuk bergambar dengan biri2. Perjalan ke arah barat diwaktu petang menyebabkan kami menghadap matahari, silau sepanjang jalan. Sunglasses takde pulak tu! Kami berhanti sekali di satu town centre untuk tukar pampers @erynazu, kemudian perjalanan diteruskan sampai ke satu bandar bernama Gore. Ganas betul nama. Kami ke New World iaitu supermarket di sana, membeli bahan2 mentah untuk makanan malam nanti. Dalam perjalanan biasalah kami telah prepare roti sahaja.

Selepas bershopping sedikit sebanyak (aku sempat beli jersey official merchandise rugby world cup 2011), perjalanan diteruskan ke Lumsden atau Te Anau, aku pulak drive, suhu di luar ketika itu sangat sejuk, risau juga takut salji turun mungkin jalan akan ditutup. Agak tergesa2 jugalah aku memandu sebab cuaca makin gelap. Pukul lima sudah gelap. Sampai di Lumsden cuaca agak gelap tetapi masih ada cahaya matahari jadi kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Te Anau, perjalan kami ini mula dapat melihat gunung2 dimana terdapat salji di atasnya, satu permandangan yang tak pernah dilihat sebelum ni, ini menunjukkan kami mula masuk ke kawasan yang bebih sejuk, matahari makin terbenam di kaki gunung, cukup lama kami dapat menikmati sunset di pergunungan salji sungguh mengasyikkan. Akhirnya matahari pun terbenam drive dalam gelap lah jawabnya, perjalanan agak berliku dan turun naik bukit sepanjang jalan.

Lama sungguh rasanya nak menyampaikan Te Anau, walau bagaimanapun akhirnya kami tiba dengan selamat, masalahnya kami mmg tak booking mana2 motel sebelum ini. Singgah di satu motel tgk dah tutup. Risau jugak sbb takut semua motel tutup awal mana nak tido. Pusing2 akhirnya jumpa satu motel yang masih lagi bercahaya, deal dengan pemilik motel tu dapat lah bilik yang cukup selesa dengan harga yang agak berpatutan (paling puas hati berbanding mana2 motel yang kami tinggal). Kami tinggal di sini selama 2 malam. Semasa dikaunter kami bertanya tentang trip ke Milford Sound, kami sekali lagi beruntung sbb dapat package yang lebih murah dari yang kami survey sblm ini.

Masuk je motel terus melepek, wife masak untuk makan malam, lepas makan kami lepak2 sekejap lepas tu terus booom... Bersambung lagi untuk pengalaman paling berharga di Milford Sound...



Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau
Berhenti tukar pampers Eryna

Day 3: Dunedin ke Te Anau

Day 3: Dunedin ke Te Anau
New World di bandar Gore

Day 3: Dunedin ke Te Anau
Eryna selesa sampai ke Motel