Ziarah raya ke Perak

Raya hari tu abah ada cakap abang dia di Taiping kurang sihat. Jadi plan dgn along untuk bawak abah & mak ke Taiping, tp along ada pendaftan student hujung minggu tu jadi along tak jadi pergi. Suruh tanya Faiz kalau dia free, dia ok then kami pun set lah untuk ke Taiping hujung minggu lepas. Kebetulan Jumaat cuti Merdeka jadi mmg cantiklah time tu. Faiz bawak mak & abah dari Gombak, aku & family gerak dari Penang then set berjumpa di Masjid Taiping.

Masjid Taiping
Solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping

Ziarah bapa saudara yang kurang sihat, tidak lagi mampu berjalan

Rumah No 9

Mak & abah bersembang di dapur


Salam Perpisahan


Malam tu makan di Belakang Balai Bomba Taiping, meriah dengan yong tau foo

Keesokannya kami ke Kg Talang, Parit untuk ke kampung mak saudara abah belah maknya. Abah yatim piatu sejak kecil. Lahir 1943, ibunya meninggal 1945 ayahnya meninggal 1948. Kemudian abah dijaga oleh nenek dan emak saudaranya. Banyak sejarah yang tidak diketahui atau tidak jelas dari saudara mara belah abah. Jadi bila dapat info dari orang2 tua teruja jugalah. Teringin juga nak buat post tentang family belah abah, agak peribadi tgklah dulu.

Mak saudara abah, aku panggil opah. Juga tidak berapa sihat


Di sinilah aku berkhatan kecik dulu


Sempat juga kami ziarah pusara atuk & nenek


Batu nisan atuk Sheikh Mohd Kamal Sheikh Abdul Rahman


Batu nisan nenek, meninggal berumur 20 tahun

Selesai ziarah kubur kami terus ke Ulu Kinta Ipoh untuk melawat kakak abah yang juga sudah tidak berapa sihat. Panggilan pupu. Dapat juga korek rahsia sejarah famili.


Eryna tak sabar nak masuk rumah, lepas tu tengok orang ramai takut pula


Abah dan kakaknya

Selesai ziarah dan bergambar, kami pun pulang ke Penang. Baru masuk highway dari Ipoh tiba2 bunyi sesuatu kat tayar, tgk2 ada skru tercucuk. Bawak slow2 than masuk exit Taiping balik & sumbat cacing. Mujurlah tak kena cas yang bukan2.


No comments:

Post a Comment