Singgah ke Pekan Teluk Intan

Hujung minggu hari tu kami sekeluarga balik ke Gombak. Kami bertolak pada lewat petang Sabtu dan balik semula ke Pulau Pinang pada hari Selasa. Isnin tu aku ambil cuti. Banyak juga pengisiannya balik kali ini, hari Ahad ke Jelebu kerana memenuhi jemputan sepupu yang melangsungkan perkahwinan. Hari Isnin membeli-belah di Ikea sambil cuci mata. Selasa pagi balik ke Pulau Pinang selepas dari pagi mengait buah rambutan di halaman rumah. Juga ada membantu seorang cyclist yang terjatuh ketika menuruni bukit. Penyebabnya dia minum air dari botol menggunakan tangan kanan, jadi nak brek guna tangan kiri (brek depan) ntah macam mana kuat brek sampai berpusing. Borak2 sekali kawan satu sekolah rendah Gombak Setia. Satu batch pula tu. Tapi tak dapat nak ingat pun.

Selesai semuanya kami pun pulang ke Penang, dalam perjalanan kami ambil exit Teluk Intan dan terus ke Pekan teluk Intan, tak jauh sangat dari highway. Terus kami tuju Menara Condong Teluk Intan, menara yang menjadi ikon pekan Teluk Intan.

Highway slow selepas exit Slim River  kerana lori tangki Petronas terbabas masuk longkang

Last ke sini dulu masa sekolah rendah kut

Entrance untuk naik ke menara, tiada bayaran dikenakan 

Bacalah sejarahnya, sebelum dijajah British lagi telah ada teknologi sebegini

History of Menara Condong Teluk Intan


Seiko

Dari tingkat 1 menara

Seni binaan cina terserlah


Medan Selera Menara Condong

Apa fingsinya ini? 

Lucky dapat parking dekat

Walaupun panas tapi bersemangat juga bergambar

Awan bergumpal2

Tandas awam yang menyediahkan di sini, tiada air

Menara Condong Teluk Intan bila diinstagramkan

12 biji RM 25. Beli dari peniaga tepi jalan. Pokok sendiri

2 comments:

Honey said...

Wahh ... Sempat berjalan-jalan lagi ...

Faizal Rahman said...

Boring asyik berhenti kat R&R je.