Amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah

Diceritakan daripada Imam Ahmad r.a bahawa beliau telah melihat Allah S.W.T dalam mimpinya sebanyak 99 kali dan seterusnya kali yang ke 100. Dalam mimpi tersebut Imam Ahmad bertanya kepada Allah S.W.T : "Wahai Tuhanku! dengan amalan apa yang mampu untuk mendekatkan diri denganMu Ya Allah? Allah S.W.T berfirman : 'Dengan membaca kalamKu (Al-Quran)'. Bertanya Imam Ahmad lagi : 'Membaca dengan memahami (bacaannya) atau tidak? Maka Allah S.W.T berfirman lagi : 'Wahai Ahmad! membaca dengan memahami (isi kandungannya) ataupun tidak', (kedua-duanya boleh mendekatkan dirinya denganKu)". Kisah ini boleh dirujuk didalam kitab Hasiyyah Al-Baijuri 'Ala Jauharah At-Tauhid.