Tumbuhan bertindak balas pada cahaya matahari

Dua minggu lepas dua pasu pokok gantung ini telah dibeli di pasar Seberang Jaya. Mulanya nak cari pokok biasa yang tak tergantung tapi pekedai asyik promote pokok gantung ini. Katanya susah nak cari pokok ni. Sekali sekala sahaja ada then aku pun termakanlah pujukannya.

Balik rumah aku pun drill dinding kat luar rumah sebab nak buat sangkut pokok ni. So far nampak sihat sahaja pokok ni, ingat nak try biakkan kalau boleh.

Pagi tadi waktu siap2 nak keluar rumah terperasan pokok ni nampak pelik sikit, sebab semua pucuk2nya terarah ke luar. Kesimpulannya tumbuhan bertindak balas terhadap cahaya matahari. Ini subjek sains sekolah rendah ni.

No comments: