Bucharest & Bacau, Romania Trip (Part I)

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk membaca tentang trip ke Romania kali ini. Kali ini aku dan Mel ke Romania dengan sebab-sebab tertentu. Bila wife bagitau sahaja ada conference yang relevan di Romania terus aku cakap bolehlah jumpa makcik Romania. Siapa makcik Romania tu? Beberapa tahun dulu aku main satu games online bernama darkthrone. Mungkin ada yang main darkthrone sedang baca entri ini sila reply di bawah. Ramai juga berkawan dengan orang2 luar negara, antaranya makcik Romania inilah. Jadi selain conference ada misi lain iaitu berjumpa dengan makcik Romania yang tinggal di Bucharest, ibu negara Romania.

Perjalanan melalui Abu Dhabi (UAE) dan Rome (Italy).


Dalam trip pergi dan balik dapat merasa naik Etihad (UAE), Alitalia (Italy), Tarom (Romania) dan KLM (Netherlands). Antara yang paling best entertainment features adalah Alitalia, ada USB cable untuk gadget anda, sangat bagus memandangkan kebanyakan orang sekarang menggunakan smartphone atau tablet. Tak risau bateri habis dalam perjalanan jauh.



Menjejakkan kaki ke Rome Airport. Transit 5 jam tapi tak berani nak keluar.



Pekena coffee cappuchino di Airport Rome. 



Shopping di Ferrari Store Rome.



Sedang membuat catatan untuk menulis blog barangkali.



Setibanya di Otopeni Airport (Bucharest, Romania) makcik Cristina Ciocan sudah menunggu bersama rakannya, terus menuju ke money exchange untuk menukar duit. Romania menggunakan Ron dan kadar tukaran hampir sama dengan RM. Cuma kami perlu tukar ke Euro dulu sebab Ron sukar didapati. Seterusnya kami menaiki bas menuju ke train station, rupanya rumah makcik ni dekat dengan train station, dari train station kami berjalan kaki ke rumah makcik ni. Makcik ini mempunya dua rumah dan kami diberi tinggal di rumah yang tiada berpenghuni. Dia cukup risau takut kami tidak selesa, sebenarnya baik sahaja rumah ini. Di atas adalah gambar rumah itu. Sungguh unik rumah2 di sini. Kagum dengan library yang ada, semua perhiasan antik-antik belaka. Kami bermalan dua malam di rumah ini.



Keesokkan harinya kami mula meronda sekitar Bucharest, banyak muzium di kawasan ini dan kami masuk ke dalam salah satu muzium.



Camera+ membantu snap dgn timer.



Muzium Geologi. Tertanya kenapa di Malaysia tak banyak muzium. Muzium tak perlu besar-besar.












Binaan bangunan di Bucharest sangat cantik kerana bangunan lama masih dikekalkan dan digunakan. Ada juga bangunan moden tetapi bangunan lama lebih banyak.



Galeri seni yang ada menjual hasil kesenian Romania yang unik.






Ini merupakan sebuah hospital besar di Bucharest. Binaannya sangat cantik.



Shopping Mall Bershka yang besar. Risau juga berjalan di bandar ini kerana akan ada yang menegur dalam bahasa Romania, macam mana nak faham. Banyak juga peminta sedekah.



Penjual jalanan menjual hasil sulaman.



Di hadapan Bank Negara Romania.



Ini pula merupakan Ibu Pejabat Polis Di Raja Romania. Haha





Berehat sebentar mendengar cerita dari makcik Romania yang meneman kami ronda Bucharest. Setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri.






Antara bangunan pelik di dunia, renovation menambah tingkat tetapi dengan binaan moden, jadilah bangunan dua zaman.



Ke market membeli stok makanan. Aku tak berapa sihat hari pertama di Bucharest ni, mungkin masalah makan. Makcik Romania asyik beri semangat.



Pokok anggur tepi pagar rumah.



Keesokan pagi kami berpisah dengan makcik Romania, lama juga bersembang dengannya, sedih bila terpaksa berpisah setelah berjaya bertemu. Jika tidak hanya kawan online sahajalah. Rakan-rakan sekonferen membeli tiket ke Bacau menaiki train. Dua dari Finland, seorang dari China dan seorang memang dari Bucharest membawa kami. Memang perlu ada orang tempatan jika tidak merbahaya juga, ekonomi Romania tidaklah sebaik Malaysia pada hemat aku.



Dalam keretapi menuju Bacau, beruntung sebab ada coach yang memuatkan 6 orang, ngam2 untuk kami semua. Seronok berborak bertukar-tukar cerita walaupun tak lah pandai sangat berbahasa Inggeris, boleh lah juga. 



Banyak ladang di kiri kanan landasan. Jagung dan gandum jika tidak silap. Sepanjang jalan juga banyak melewati kawasan2 tinggal. Banyak bangunan atau kilang2 yang ditinggalkan. Rasa rugi sekali. Nyata Romania menghadapi krisis ekonomi yang teruk.



Hujan turun semasa dalam perjalanan. Lebat juga tetapi tidaklah lama.






Kami tiba di Bacau dengan dijemput oleh pelajar2 kepada penganjur konferen Profesor Bogdan Patrut. Dari Stesen keretapi kami berjalan kaki ke Hotel Vila Corola. Di hadapan hotel kami adalah supermarket Lidl. 


No comments:

Post a Comment