Friday, February 02, 2024

Mewakafkan Al-Quran Di Masjidil Haram Atau Di Masjid Nabawi

Assalamualaikum, selamat bertemu lagi dalam catatan yang masih dalam siri catatan Umrah 2024. Catatan kali ini cuma nak kongsikan berkenaan amalan mewakafkan Al-Qur'an untuk pembaca Al-Qur'an di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum kita nak mewakafkan Al-Quran kita kena tahu beberapa perkara kerana kita mungkin 'tertipu' atau 'sedikit tertipu' jika kita tidak faham mengenainya.

Pertamanya Al-Quran yang berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah standard. Al-Quran yang digunakan adalah dari satu kilang Al-Quran di Madinah. Jadi untuk mewakafkan Al-Quran kena pastikan kita beli Al-Quran yang mereka terima. Al-Qur'an lain akan dikeluarkan dari masjid dan aku tidak tahu ke mana ia akan diletakkan. 

Al-Quran di kedua2 masjid akan dicop sebagai wakaf, jika tidak dicop berkemungkinan juga akan dikeluarkan dari masjid. Jadi di mana nak dapatkan Al-Quran yang diterima ini? Kena dapatkan di kedai buku agama. Biasa nampak orang menjual Al-Quran yang mirip sama tetapi dijual di perkarangan masjid sebenarnya cetakan ini tidak diterima kerana bukan standard. Kalau untuk peribadi tiada masalah cuma untuk wakaf kena dapatkan naskah mushaf Madinah yang diterima. 

Kita boleh semak pada helaian pertama selepas kulit luar, ada seperti kalimah2 tertentu bila dilihat pada cahaya. Ada 3 jenis Al-Quran paling biasa dalam masjid iaitu kulit hijau resam ustmani saiz kecil, kulit biru tulisan lama (biasa orang Pakistan/ India guna) saiz kecil dan kulit biru resam ustmani saiz besar. Paling biasa orang guna ialah yang warna hijau saiz kecil tu, jadi kalau nak wakaf bagus ambil saiz ini. Harga senaskah adalah dalam SAR40-SAR45.

Kepada yang nak beli untuk dibawa balik atau untuk hadiah aku sarankan belilah yang original Mushaf Madinah ini kerana kualiti cetakannya sangat baik dan kertas yang digunakan pun nipis dan bagus. 


Ada kalimah2 tertentu bila dilihat pada cahaya.

Saiz paling biasa orang gunakan di sana.

Cantik bersusun Al-Quran dan semuanya adalah seragam.

Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini.

24 comments:

  1. Ya betul kena tahu jenis yang diterima untuk wakaf.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing info...barakallah fiik

    ReplyDelete
  3. Kalo tak salah dulu saya ada dibawa ke toko yg menjual Alquran untuk wakaf ini. Jadi bisa beli dari mereka, dan nantinya akan diwakafkan.

    Saya beli tapi untuk diri sendiri.

    Jadi tahu kalo wakaf Alquran di sana tak bisa sembarangan juga. 👍

    ReplyDelete
  4. Benar dengan ini kita jadi tau mana yang benar untuk wakaf atau bukan

    ReplyDelete
  5. Al-Quran yang standard menjadi ia lebih kemas dan diyakini...di Malaysia pelbagai rupa saya perhatikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rupanya pelbagai, untuk kegunaan sendiri ok. Macam di Malaysia kena semak adakah ada pengesahan KDN. Yang mana tiada pengesahan KDN jika dilaporkan akan dirampas.

      Delete
  6. terima kasih tuan, atas ilmunya..

    ReplyDelete
  7. Makasih infonya kakak, jadi tahu kalo mau mewakafkan Alquran di Madinah tidak bisa sembarangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya benar sekali, berhati2 juga dengan orang yang bantu mewakafkan Al-Quran kerana ada juga yang tidak jujur.

      Delete
  8. SA ada 2 kli mewakafkan al-quran beberapa tahun lepas...terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pahalanya berlanjutan selagi mana Al-Quran itu digunakan.

      Delete
  9. Alhamdulillah dulu masa buat umrah pun ramai yg minta tlg dibelikan dan diwakafkan alquran di dua buah msjid agung ini..

    ReplyDelete
  10. Ye, diorang memang pantau quran kat sana... untuk kebaikan juga

    ReplyDelete
  11. ada 2 versi kan yg hijau ni?
    sy pernah jumpa ada yang cuma 15 juzuk je
    saiz pun nipis sikit...
    tak tahu laa kalau masih ada lagi ke tak sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tiada yang 1/2 Quran tu sekarang ni.

      Delete
    2. lagi 1 kan sy pernah jumpa quran ni dicetak beberapa kali
      contoh: ada dua tiga kali jumpa surah yang sama berulang
      bla check muka surat, mmg lain.
      harapnya ada pihak yang boleh check al-quran sebelum sampai ke tangan orang lain
      bimbang ada tangan2 ghaib ambil kesempatan utk menyelewengkan al-Quran.
      nauzubillah...

      Delete
  12. kene tahu sop nya klo nk wakafkan

    ReplyDelete