Bucharest & Bacau, Romania Trip (Part II)

Setibanya kami ke Vila Corola (hotel) di Bacau, kami telah diingatkan supaya berada di lobi jam 7 PM kerana ada sesi cocktail. Kami mula rasa hairan dengan conference kali ini, berbeza sekali dengan conference2 yang pernah dihadiri. Conference ini agak santai. Cocktail session itu adalah sesi kenal-mengenal antara satu sama lain, peserta2 conference dapat tegur-menegur antara satu sama lain walaupun agak kekok dengan budaya asing tapi kami cuba juga berkenal-kenalan. Bertuah kerana ramai juga yang tidak segan untuk bertegur sapa. Kami meminta izin pulang lebih awal kerana keletihan dan mengantuk keraja jetlag. Keesokannya conference formal akan berlangsung.


Prof Bogdan Patrut membuka majlis. Seorang academician yang banyak menulis buku yang berkaitan dengan teknologi dan social media. Gayanya yang kadang kala kelakar menghiburkan.

+mel a sedang membentangkan kajian penggunaan twitter di institusi pengajian tinggi. Antara presentation yang berjaya menarik perhatian peserta2 lain.

Cameraman yang cover event conference dengan baik. Sepanjang conference dan lawatan beliau mengambil gambar.

Sesi conference yang agak panjang menyebabkan kami agak keletihan, kami berehat di lobi Hotel Dumbrava, tempat berlangsungnya conference SMART 2013.

Di luar Hotel Dumbrava, hujan terun dengan agak lebat sepanjang kami di Bacau. Menurut orang tempatan hujan yang banyak ini jarang2 berlaku di Bacau.

Hari ketiga di Bacau kami dibawa melawat ke tempat2 menarik di sekitar Bacau, agak jauh perjalanan trip. Kami bertolak awal pagi dan tiba ke hotel pada waktu malam.

Antara yang menarik perhatian adalah stesen2 petrol yang pelbagai jenama pelik yang tiada di Malaysia, yang biasa tgk Agip pasal banyak taja motorsport.

Kami banyak melawat tempat2 lama terutamanya monastery. Apa menarik di Romania kebanyakkan oarang di sini merupakan penganut Kristian Orthodoks. Satu cabang Kristian lama, mengikut kefahaman dan bacaan sendiri, Kristian Orthodok lebih mirip kepada ajaran asal Kristian berbanding Catholic yang byk di amalkan dan lebih mainstream.
   
Gerun juga menjejak kaki ke dalam gereja lama ini, dinding2 dipenuhi lukisan2 lama, gambar2 paderi mereka.

Photobomb!

Di dalam satu lagi gereja lama, kami berpeluang melihat pengikut bersembahyang. Ini merupakan pengalaman yang menarik kerana cara mereka yang berbeza dengan Kristian yang biasa dilihat. Gereja mereka ini tiada lecture hall.
Lagi satu keunikan Kristian Orthodoks gereja mereka banyak didirikan di kawasan tinggi dan terpencil, mengikut penerangan guide kami mereka yang ini menghabis masa untuk beribadah sampai mati akan berhijrah ke kawasan2 terpencil berdekatan gereja.
   
Lukisan pada bumbung bangunan di luar gereja, sungguh berseni lukisannya.

Apa maksudnya ni? Mengikut penerangan alphabet yang digunakan di gereja2 Orthodoks sama seperti tulisan di Russia. 

Kami dibawa menyusuri kawasan pergunungan yang sangat cantik. Berbeza sekali dengan tempat2 yang telah kami sampai sebelum ini. 

Berhenti sebelum sebuah terowong untuk mengambil gambar.


Bergambar bersama penganjur SMART 2013 conference, Prof. Bogdan Patrut

Bergambar dengan salah seorang peserta dari Finland.

Berhenti membeli roti di kawasan tasik yang terbentuk kerena tanah runtuh. Red Lake. Lapar sangatlah tu. Aku pula kurang selera makan bila travel2 ni. Langos Gogosi = Roti Gergasi?

Red Lake yang cantik di kawasan pergunungan.

Banyak juga kampung2 sekitar kawasan ini, kebanyakan rumah dibina di lereng-lereng bukit. Pun begitu banyak pula nampak rumah2 tinggal

Ada juga terserempak dengan kereta kuda. Orang2 kampung masih menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan. 
  
Kami singgan di sebuah empangan. Sungguh mengasyikkan menyaksikan permandangan di empangan ini. Laluan jalanraya melalui atas empangan ini, di sebelah kanan airnya tinggi dan di sebelah kiri airnya rendah sekali. 

Bersambung lagi.

No comments:

Post a Comment