Ahad, Jun 30, 2013

Goodbye Google Reader


Google Reader berkait rapat dengan feed. Melalui feed dari pelbagai website, pembaca boleh membaca content sesuatu post melalui feed reader seperti Google Reader. Kehadiran pembaca feed ini menimbulkan sedikit polemik di kalangan publisher, sama ada yang menerbitkan artikal pada laman web rasmi atau pun blog. Antara yang dipersoalkan ialah pembaca tidak lagi membaca pada laman asal sebaliknya membaca pada feed reader seperti Google Reader. Ini mengurangkan hits pada laman web. Kemunculan feed juga berkait rapat dengan peningkatan laman web berasaskan log. Secara spesifiknya blog.

Seperti yang telah dimaklumkan, pihak Google akan menamatkan fungsi Google Reader bermula hari esok (1 Julai 2013). Tindakan yang banyak dipersoalkan oleh pengguna terutamanya yang masih bergantung kepada Google Reader. Pada saya ini adalah efek dari peningkatan penggunaan laman sosial seperti facebook dan twitter. Pengguna lebih banyak mendapat bahan bacaan dari laman2 sosial berbanding Google Reader, berbanding sebelum zaman facebook dan twitter. Tindakan ini juga pada saya ada kaitan dengan evolusi Google+ yang mana cuba menarik publisher atau blogger menggunakan Google+, melalui ini Google mungkin akan dapat menarik lebih ramai pengguna menggunakan Google+ sama ada untuk bersosial atau mendapat bahan bacaan kesukaan.

Screenshot di atas adalah diambil sebentar tadi sehari sebelum Google Reader ditutup. Ia merupakan statistik bahan bacaan yang telah dibaca oleh saya sepanjang menggunakan Google Reader. Selamat tinggal Google Reader. Sebenarnya Google Reader tidak perlu ditutup, ia perlu lebih berevolusi mengikut selera pengguna ketika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan