Malam kelima Ramadhan 1434 H

Alhamdulillah sudah empat hari kita berpuasa. Malam ini merupakan malam kelima tarawih. Syukur kerana dapat mencapai 5 malam berturut-turut, bukan menunjuk cuma membandingkan dengan pencapaian tahun2 dulu rasanya taklah sebaik mana. Ada baki banyak lagi hari di bulan Ramadhan ini dan moga2 dapat diteruskan. Untuk malam pertama hingga ketiga aku ke surau yang paling dekat dengan rumah iaitu Surau Taman Pauh Jaya. Malam keempat aku ke Masjid Timah dah sebentar tadi aku ke Masjid Batu. Terdapat perbezaan perlaksanaan antara tempat2 ini. Di STPJ tiada tazkirah diberikan, di Masjid Timah tazkirah diberi sebelum solat tarawih manakala di Masjid Batu tazkirah di beri selepas rakaat keempat tarawih. Kebetulan YB Parit Buntar ustaz Mujahid Yusuf Rawa +mujahid yusuf rawa dijemput memberi tazkirah. Takzirah yang diberi berkisar tentang keampuanan Allah. Kita manusia yang sentiasa berdosa maka sentiasalah memohon keampunan Allah, jangan gundah dengan dosa besar atau dosa kecil kita yang maha banyak itu, sentiasa istighfar dan mohonlah keampunan.

Sebelum menamatkan tazkirah Ustaz Mujahid kongsi kisah Abdullah Bin Mas'ud yang diminta membacakan ayat Al Quran untuk didengari Rasulullah. Rasulullah amat suka mendengar bacaan Al Quran. Moga kita dapat mencontohi amalan kegemaran Rasulullah ini.

Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Bacakan Al-Quran kepadaku. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah aku harus membacakan Al-Quran kepada kamu, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada kamu! Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku suka mendengarnya dari orang lain. Lantas aku membaca surah An-Nisa' sehinggalah aku sampai pada ayat: فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَي هَؤُلَاءِ شَهِيدًا Yang bermaksud: Dan kami datangkan kamu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka (umatmu). Kemudian aku mengangkatkan kepalaku atau secara tiba-tiba seseorang berada di sampingku, ketika itu aku mengangkatkan kepala dan aku melihat baginda mengalirkan air matanya (hadis riwayat muslim). 

Tersentuh bila membayangkan peristiwa ini.

Malam esok di mana pula?

UPDATE

Sekali terjumpa video tazkirah ini di YouTube