Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Ahad, April 17, 2022

Beza Ramadhan Kali Ini Dari Ramadhan Yang Sebelumnya

Assalamualaikum, sedar tak sedar hari ini dah 15 Ramadhan. Bermakna kita dah melalui separuh dari bulan yang mulia ini. Hujung Syaban hari tu dah pasang perancangan untuk khatam Al-Quran dua kali pada bulan ini, Subuh ini baru selesai sekali khatam Alhamdulillah. Kebiasaan akan khatamkan Al-Quran dalam tempoh sebulan mengikut kiraan bulan Hijri. Sebenarnya dah terlajak sehari, jadi selepas ini kena tambah kadar bacaan sedikit sebulum dapat khatam sekali lagi sebelum 1 Syawal. Semoga Allah permudahkan.

Ahad, April 11, 2021

Al Quran baharu untuk Eryna sempena khatam kali pertama Ramadhan ini InshaAllah

Al Quran baharu untuk Eryna sempena khatam kali pertama Ramadhan ini InshaAllah

 

Bismillah, semoga Allah dapat sampaikan kita semua bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini.

Beli harga promosi, RM58 sahaja di Hasani

Duk kira-kira lembaran-lembaran Al-Quran yang Eryna baca setiap hari, kemungkinannya dia akan khatam pada Ramadhan ini. Bila kata nak belikan Al Quran baru dia minta yang besar sedikit, kadang duk komplen tulisan kecil. Jadi hari ni ke Hasani untuk belikan Al Quran Al Haramain bersaiz A4 terbitan Karya Bestari. Suka A- Haramain ini sebab ada terjemahan dan ada highlight ayat tertentu pada setiap 2 muka surat. Ada juga diselitkan hadis-hadis.

Al Quran Al Haramain yang sama, warna yang sama cuma saiz sahaja yang berbeza

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Jumaat, Mei 31, 2019

Khatam Al-Quran



Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur'an.

Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.

Kurniakanlah kepada kami ruang untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.

Jadikanlah ia perisai kami.

Wahai Tuhan sekalian alam.

--
31 Jun 2019 (26 Ramadhan 1440) - 1 bulan
5 Mei 2019 (29 Syaban 1440) - 1 bulan
6 April 2019 (30 Rejab 1440) - 2 bulan setengah
23 Januari 2019 (16 Jamadilawwal 1440) - 1 bulan setengah
8 Disember 2018 (30 Rabiulawwal 1440) - 2 bulan
10 Oktober 2018 (30 Muharram 1440) - 2 bulan
12 Ogos 2018 (30 Zulkaidah 1439) - 2 bulan
14 Jun 2018 (29 Ramadhan 1439) - 2 bulan
16 April 2018 (29 Rejab 1439) - 2 bulan
16 Februari 2018 (30 Jamadil awwal 1439) - 2 bulan
19 Disember 2017 (30 Rabiulawwal 1439) - 2 bulan
20 Oktober 2017 (29 Muharram 1439) - 2 bulan
22 Ogos 2017 (29 Zulkaedah 1438) - 2 bulan
22 Jun 2017 (27 Ramadhan 1438) - 3 bulan
28 Mac 2017 (29 Jamadil Akhir 1438) - 3 bulan
30 Disember 2016 (30 Rabiulawwal 1438) - 3 bulan
1 Oktober 2016 (29 Zulhijjah 1437) - 3 bulan
5 Julai 2016 - 1 bulan 3 minggu
16 Mei 2016 - 5 bulan 1 minggu
12 Dec 2015 - 5 bulan 2 minggu
30 Jun 2015 - 3 bulan 3 minggu
9 Mac 2015 - 3 bulan 1 minggu
30 Disember 2014 - 5 bulan
27 Julai 2014 - 3 bulan 3 minggu
4 April 2014 - 2 bulan 3 minggu
9 Januari 2014 - 2 bulan 2 minggu
28 Oktober 2013 - 3 bulan 1 minggu
22 Julai 2013

Selasa, Mei 28, 2019

Akhir Ramadhan 1440

Bismillah.

Ramadhan telah sampai ke akhirnya, semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang tidak mendapat apa-apa pada Ramadhan ini (cari hadis Nabi saw amin tiga kali sewaktu naik mimbar). Ramadhan kali ini dapat menghabiskan masa bersama keluarga, sebelum ini dah 4 tahun tak dapat sepenuhnya menikmati berpuasa di rumah bersama keluarga kerana kerja di INSTUN, Tanjung Malim. Alhamdulillah atas aturan-aturan Allah. 

Lama tak menulis jadi rasa nak menulis sedikit supaya tidak jadi malas menulis. Bila malas menulis kita akan jadi orang malas untuk berkongsi. Bila kurang berkongsi maka kuranglah manafaat yang dapat kita berikan. Sedangkan yang terbaik antara kamu adalah orang yang banyak memberi manafaat kepada orang lain.

Last blogging yang panjang-panjang pun adalah perkongsian tiga post Hari-hari Akhir Bersama Abah (link 1, link 2 & link 3). Banyak yang telah berlaku selepas pemergian abah. Apapun kita perlu move on, apa yang telah pergi tidak akan dapat kembali. Apa yang perlu kita risaukan adalah nasib kita seterusnya. Abah dahulu waktu sahurnya bukan beriya-iya nak makan, apa yang lebih dikejarnya adalah tahajud.

Banyak yang nak dikongsi antaranya Eryna dah naik mula baca Al-Quran. Dari sebelum Ramadhan lagi dah suruh Eryna baca Iqra bagi habis sebab tinggal sikit lagi supaya dapat naik Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Mulianya Ramadhan kerana turunnya Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia selain dari ibadah puasa yang telah disyariatkan kepada umat Muhammad saw dan umat-umat terdahulu. Semoga kita dapat beristiqomah melazimi membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sebulan. Pada yang baru nak mula beramal, antara tipsnya kena ikut bulan Islam, jangan ikut bulan masihi.

Seterusnya pada 20 April lalu bertambah satu lagi komitmen iaitu Honda Wave 125i tu, buat berulang ke surau atau masjid. Sekali sekala bawa juga ke tempat kerja di Balik Pulau. Cepat sikit sampai rumah, itu pun kena check weather forecast dahulu sebelum boleh bawa motor. Karang demam pula. Dah sampai Alor Setar pun motor ni, solo ride dengan wife. Jenuh juga bila dah lama tak bawa motor jauh-jauh. Lepas ni tak tahu nak ke mana pula. 

Kemudian nak perkenalkan Sinomot. Tiba-tiba wife bawa balik rumah anak kucing kutip kat kawasan kedai-kedai. Sekarang dan makin sihat dan cergas. Bolehlah menceriakan suasana kadang-kadang. Sebelum ni ada bela dua ekor kucing tapi umurnya tak panjang mungkin sebab jangkitan virus berbahaya.


Awal Ramadhan hari tu sempat juga balik ke kampung Gombak. Kesian mak tinggal sorang bila abah dah tak ada, selalu anak-anak buah akan temankan mak di rumah, sempat juga ziarah kubur abah sebelum balik ke Penang. Antara adab ziarah kubur, kita tidak boleh bermusafir semata-mata untuk ziarah kubur. Kena ada tujuan lain yang lebih utama.

Itu sahaja setakat ini, semoga Ramadhan ini Allah ampunkan segala dosa-dosa kita semua. 

Jangan lupa tekan like LOL.

Sabtu, Jun 09, 2018

Kuliah Tarawih | Masjid Timah | 9 Jun 2018 | 25 Ramadhan 1439

Kuliah Tarawih | Masjid Timah | 9 Jun 2018 | 25 Ramadhan 1439


Bersyukur kerana negara tidak bergolak berbanding negara Islam lain.

Waktu berpuasa yang selesa untuk berpuasa. Ada negara berpuasa sehingga 20 jam.

Peluang yang perlu direbut dalam beribadah tambah juga ilmu2 agama melalui tazkirah2 yang diatur.

Tujuan puasa supaya kita jadi orang bertaqwa.

Perbanyakkanlah doa di penghujung Ramadhan.

Khamis, Jun 22, 2017

Khatam

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur'an.
Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.
Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil.
Kurniakanlah kepada kami ruang untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya.
Jadikanlah ia perisai kami.
Wahai Tuhan sekalian alam.

--

22 Jun 2017 (27 Ramadhan 1438) - 3 bulan
28 Mac 2017 (29 Jamadil Akhir 1438) - 3 bulan
30 Disember 2016 (30 Rabiulawwal 1438) - 3 bulan
1 Oktober 2016 (29 Zulhijjah 1437) - 3 bulan
5 Julai 2016 - 1 bulan 3 minggu
16 Mei 2016 - 5 bulan 1 minggu
12 Dec 2015 - 5 bulan 2 minggu
30 Jun 2015 - 3 bulan 3 minggu
9 Mac 2015 - 3 bulan 1 minggu
30 Disember 2014 - 5 bulan
27 Julai 2014 - 3 bulan 3 minggu
4 April 2014 - 2 bulan 3 minggu
9 Januari 2014 - 2 bulan 2 minggu
28 Oktober 2013 - 3 bulan 1 minggu
22 Julai 2013

Sabtu, Mei 21, 2016

Kuliah Maghrib | Masjid Sembilang | Dr Asri | 21.05.2016


Kuliah Maghrib | Masjid Sembilang | Dr Asri | 21.05.2016

Persiapan Menghadapi Ramadhan

Holy Quran 2:183
------------------
ÙŠَٰٓØ£َÙŠُّÙ‡َا ٱلَّذِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا۟ Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ ٱلصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ ٱلَّذِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sebelum turun syariat puasa, orang telah pun berpuasa. Telah pun disyariatkan sblm Nabi Muhammad. 

Banyak para nabi menerima syariat yang sama. 

Cara berpuasa tidak diperinci dalam Al-Quran. Perlu ikut cara Nabi Muhammad ï·º 

Allah ingatkan betapa ramainya ahli agama yang makan harta orang dengan cara bathil dan menghalang orang ke jalan Allah. 





Ahad, Julai 27, 2014

Perutusan Aidil Fitri 1435 / 2014



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri. Semoga amal ibadah kita diterima Allah. Mohon maaf zahir dan batin. 

Khatam

Ya Allah rahmatilah kami dengan al Qur’an. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Karuniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam.

3 bulan 3 minggu
2 bulan 3 minggu
2 bulan 2 minggu
3 bulan 1 minggu

Alhamdulillah di Subuh 30 Ramadhan 1435 yg mulia ini khatam sekali lagi.

Khamis, Julai 24, 2014

Tazkirah 27 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Shahril Long 24 Julai 2014

Tazkirah 27 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Shahril Long 24 Julai 2014


Surah Isra' ayat 9 sesungguhnya inilah Aquan. Kemampuan membawa ke jalan lurus. Gembiraan. Petunjuk. 


Keunggulan AlQuran krn:

1. Datang dr Allah. Bukan rekaan, bukan karangan makhluk. Nabi Muhammad Ummi. Meragui AlQuran membatalkan iman. 

2. Dijamin Allah kesucian & kemurniannya. 

3. Mukjizat. Mampu memberitahu perkara yg belum berlaku. Cerita kekalahan & kemenangan Rom

4. Rahmat & petunjuk utk semua. Bukan hanya utk Arab. Akhlak Muhammad adalah Quran. 

5. Panduan agama yg lengkap. A'raf53. An'am38. Nahli89. Tak percaya batal iman. 

6. Mudah difahami. 

7. Relevan sepanjang zaman, tempat. Haj67. Jaziah18. Nabi Isa akam pimpin selama 40 tahun berlandas Quran. 

Isnin, Julai 21, 2014

Tazkirah 23 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Badrolamin Bahron 20 Julai 2014


Tanda 5 org yg bertaqwa: 1. Belanja harta kejln Allah. 2. Menahan marah. 3. Maaf. 4. Segera mohon ampun. 5. Mereka yg tidak kekal melakukan dosa dlm keadaan mengetahuinya. 

Mati dlm iman atau mati dlm kufur. Ikut alQuran mati dlm taat. 

Mati dimana, bila bukan option. Optionnya mati dlm iman atau kufur. 

Musibah tidak akan menimpa melainkan dari Allah. 

Selasa, Julai 15, 2014

Tazkirah 18 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Abu Bakar Bakilani



Ayat 56 dari Surah AlBaqarah


Amaran kpd mereka yg kufur ingkar dgn ayat2 keterangan kami, kami akan masukkan mereka dlm api neraka. 


Ramai yg menunaikan ibadah puasa. Ramai yg sembahyang, haji dll. 


Aurat ke bazar Ramadhan. Pakaian cukup menakutkan. 


Negara2 arab pentingkan negara sendiri. Tidak bantu Palestine. Tanah wakaf umat Islam hingga ke akhir zaman. 


Tanggungjawab dgn kedua ibu bapa. Berbuat baiklah kpd kedua ibu bapa. 


Pembahagian harta pusaka. 


Ketaatan yg menyeluruh pada ayat2 Allah. 


Tawaran yg diberikan di dlm Syurga kelazatannya jauh lebih hebat dari dlm dunia. 


Dijanjikan Bidadari yg suci bersih dr kekotoran badan. 


Segala nikmat akan dikecapi secara berterusan. Nikmat di dunia terhad. 


Tamat. 

Tazkirah 17 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Mohd Subki 14 Julai 2014


Setiap pekerjaan ada tujuan. 

Berpuasa bukan untuk merasai kelaparan org miskin. 

Tujuan berpuasa ialah manusia bertaqwa. 

Berapa ramai yg berpuasa yg dapat hanya lapar & dahaga. 

Taqwa mengikut Saidina Ali: Takut kepada Allah dlm setiap perkara , redha dgn pemberian yg sedikit, beramal dgn Al Quran, bersedia utk hari akhirat. 

Takut: Mulut, mata, telinga, hati, perut, tangan, kaki. 

5 perkara menghabiskan pahala puasa: berdusta, mengumpat, adu domba, daksi palsu, tgk perempuan bukan mahram dgn shahwat. 

Perang Badr dalam bulan Ramadhan. Allah hantar 3000 malaikat membantu dlm perang Badr. 

Ahad, Julai 13, 2014

Tazkirah 16 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Halim Nasir 23 Julai 2014

Tazkirah 16 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Halim Nasir 23 Julai 2014

Surah Al Isra' / Surah Bani Israil

Boleh sebut jahanam Yahudi, yahudi laknatullah. 

Mereka lakukan kejahatan dua kali. Kezaliman di Gaza. Imam Syafie lahir di Ghazzah. 

Arab Saudi isytihar tidak akan campur tangan dgn apa yg berlaku. 

Bertahajud di sebahagian malam sebagai ibadah tambahan. 

Ozil Muslim, Messi Yahudi. Sokonglah Germany. 

Solat sunat paling utama Eid Adha, Eid Fitri, Witir, Rawatid, Tahhiyatul Masjid, Wudhu' dll mengikut turutan. 

Luar Ramadhan afdhal witir sorang diri sebelum masuk waktu Subuh. 

Dlm Ramadhan afdhal dgn imam. 

Antara ikhlas itu ialah melalui tahajud. 

AlQuran itu di dalamnya ada apa2 yg menyembuhkan penyakit. 

Bandingkan baca Quran ketika berpuasa berbanding ketika spls berbuka. 

Larang bertanya benda2 yg tak masuk akal. Cth wa yasalu naka anil ruuh. Urusan Allah, serah padaNya. Nabi jawab: Min anri rabbi. 

Cabaran2 perjuangan Islam. Persngai Yahudi telah bersumpah tak akan bertakwa walau diperlihatkan Allah dgn nyata. Manisan / kuih = manna, burung2 putih seperti puyuh = salwa. Walau mereka tidak mahu berjihad. Nabi Musa merayu hidupkan semula 70 orang ketua Yahudi. Dihidupkan. 

Org kafir minta air, kebun tamar, kebun anggur & rumah besar. Allah ajar nabi diutus hanya utk menyampaikan. Yg lain2 cari sendiri. Berterusan hingga skrg. Berpaut pada kebendaan. 

Ahad, Julai 06, 2014

Tazkirah 9 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 6 Julai 2014


Hadis: Bekerjalah di dunia sekadar kita mampu hidup di dunia. Beribadahlah utk akhirat sekadar mana kamu kekal di sana. Beribadahlah kpd Allah sekadar mana kita berhajat pada Allah. Beramallah melakukan maksiat sekadar mana kamu sanggup menanggung azab neraka. 

Kisah anak murid Imam Ghazali

Kubur: rumah yg sunyi, rumah dagang, rumah penuh tanah, rumah ulat2. 

Quran akan syafaatkan org yg rajin membacanya, penerang titian sirat, dinding dr api neraka. 

Sambung ibadah sehingga slps ramadan kerana kita bukan sembah ramadhan. 

Tazkirah 8 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Mujahid Yusuf Rawa 5 Julai 2014


Penyucian diri sehingga menjangkau orang lain. 

Ketengan diri - ketenangan berfikir - ketenangan bertindak

Rasulullah paling pemurah dlm bulan Ramadan

Dilarang menghina kaum org lain. 

Kisah Abu Zalrifari dgn Bilal Bin Rabah. Menghina keturunan merupakan perangai jahiliah

Rasulullah melaknat org yg hina ibu bapanya. Sahabat tanya mcm mn tu? Org yg hina ibu bapa orang lain sbnrnya menghina ibu bapanya sendiri. 

Isnin, Jun 30, 2014

Tazkirah 2 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Nur Muhammad Hidayat (Ustaz Rambo)

Tazkirah 2 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Nur Muhammad Hidayat (Ustaz Rambo)

Sifat org beriman bila Ramadhan: seronok bila Ramadhan sampai, sedih meninggalkan Ramadhan.

Pintu syurga dibuka seluas2nya, pintu neraka dibuka seluas2nya, syaitan2 dibelenggu.

Bulan penghulu bagi 12 bulan. Satu2nya bulan yg disebut dlm Quran. 

Bulan sabar, tilawah, sedekah, smyg, qiamullail, rezeki, puasa. 

Manusia dihormati bukan kerana pangkat tp kerana aibnya ditutup oleh Allah. 

Selalu berdoa agar Allah tutup aib kita di samping kita bertaubat. 

Manusia diuji krn Allah mahu angkat darjat atau utk menghapus dosa. 

Ujian adalah cara Allah tunjuk kekuasaannya. 

Bulan yg diturunkan Quran. 


Sabtu, Jun 28, 2014

Tazkirah 1 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Aiman Shamsul Bahrin

Tazkirah 1 Ramadhan Masjid Batu Ustaz Aiman Shamsul Bahrin

Bulan yg dinanti2kan. Diturunkan Quran. LailatulQadr. Pintu negara ditutup. 

Manafaat sebaik2nya. 

Tunaikan puasa seperti umat2 terdahulu. Moga kamu bartaqwa. -AlBaqarah

Wahai pemuda hendaklah kamu berkahwin, jika tak mampu hendaklah berpuasa. Puasa itu adalah penawar nafsu. 

Bulan mengikut perintah Allah. 

Target 1: Paling kurang sekali khatam AlQuran. 

Target 2: Jadi umat bertaqwa. Anggap Ramadhan terakhir. Tinggal budaya barat, kuffar. 

Target 3: Cuba untuk menjadi pendakwah. 

Muhasabah. Sunnah nabi yg ditinggalkan: 10 hari terakhir beriktikaf dlm masjid. 

Jika dlm hati ada cinta dunia jgn harap Islam akan menang. 

Sedekah meyakinkan kita rezeki itu dr Allah.