Ahad, Oktober 08, 2023

Apa Yang Menarik Di Ho Chi Minh City, Vietnam?

Assalamualaikum dan selamat malam semua, ketika entry ini ditulis jam menunjukkan jam 9.50 malam. Kugagahkan juga untuk menulis sedikit catatan berkenaan trip pendek ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2 minggu lepas. Ada aku blogkan sebelum ini kisah sebelumnya. Posting ini aku nak sampaikan dengan cara lain sedikit berbanding trip2 yang pernah aku sampai sebab sejujurnya tak banyak tempat yang aku lawati semasa di Ho Chi Minh City (HCMC). Trip ini sekadar nak mengukuhkan ikatan keluarga atau orang sekarang suka sebut bonding. Satu perkara lagi wife kurang sihat sewaktu di sana dan cuaca agak panas jadi memang tiada mood nak join tour. Harga untuk join tour juga boleh tahan mahalnya. 

Posting ini nak highlightkan apa yang menarik di HCMC berdasarkan pengamatan selama 4 hari 3 malam di sana. Ikuti kupasan satu persatu di bawah:   

Tinggal di Jalan Malaysia

Kepada yang nak ke sana dicadangkan untuk tinggal di Jalan Malaysia berdekatan Ben Thanh Market. Sebenarnya jalan ni bukanlah namanya Jalan Malaysia, cuma gelaran yang di beri kerana kebiasaan orang Malaysia akan tinggal di sini kerana ada beberapa kedai Melayu di sana yang menyediakan menu seperti di Malaysia. Yang pentingnya halal kerana sukar untuk mencari makanan halal di Vietnam ini.

Boleh menggunakan mata wang Ringgit Malaysia

Ada kedai2 yang menerima mata wang Ringgit Malaysia di sini terutamanya di Jalan Malaysia dan di Ben Thanh Market. Jadi kalau dah habis duit Dong pun masih boleh shopping menggunakan duit Malaysia. 

Jutawan Segera

Kalau tukar duit Vietnam automatik akan jadi jutawan segera. RM100 bersamaan dengan 500,000 Dong Vietnam. Kalau tukar RM1000 dan dapat 5juta Dong. Harga barangan di sana lebih kurang sahaja dengan harga barangan di Malaysia cumanya makanan halal agak mahal, iyalah sebab tak banyak dan susah nak dapatkan. Jadi kena prepare untuk seorang makan makanan berat dalam RM20 kat sana.

Makanan halal yang banyak di Jalan Malaysia

Terdapat lebih kurang 5 kedai makan yang menyajikan makanan ala Melayu seperti di Malaysia. Ok masakannya dan cepat juga siap. Bolehlah tukar2 kedai untuk ubah selera. Kalau lama di sana mungkin buntu juga rasanya. 

Terdapat kominiti Melayu Champa yang boleh berbahasa Melayu

Tedapat komuniti Melayu Champa di sana yang boleh berbahasa Melayu, bolehlah sembang2 dalam bahasa Melayu dengan orang tempatan di sana. Mereka peramah dan boleh dipercayai. 

Terdapat masjid di beberapa tempat di HCMC

Ada beberapa masjid di HCMC, aku sempat singgah ke satu masjid iaitu Masjid Al-Muslimin. Masjid ini dibina oleh orang Pakistan/ India yang sampai ke sini. Mungkin ada juga masjid orang Melayu tempatan tetapi aku tak berkesempatan untuk singgah kerana bilangan hari yang sedikit dan memerlukan kenderaan.

Shopping barangan fake yang banyak pilihan

Terdapat banyak pilihan barangan tiruan, aku kurang berminat dengan barangan tiruan ini, cuma kalau nak mencari beg memang banyak dan rasanya ada yang tidak sampai ke Malaysia. 

Kopi

Vietnam terkenal juga dengan kopinya. Ada ladang kopi yang besar di Vietnam dan sedap juga kopinya. Di Pasar Ben Thanh ada kedai2 yang menjual kopi yang di kisar dari biji kopi, kita boleh pilih beberapa jenih kopi dan kita boleh campur2 kalau mahu. harganya juga tidaklah mahal.

Tempah baju sehari siap

Ini antara sebab utama kami ke sana. Puan isteri perlu ada suit lengkap dan di HCMC kita boleh tempah suit lengkap dan boleh siap dalam masa sehari atau dua hari. Aku sempat juga menempah sehelai seluar. Cantik juga buatannya dan kita boleh request macam mana yang kita mahu.  

Boleh menggunakan aplikasi Grab untuk ke mana-mana

Untuk ke mana2 kita boleh menggunakan applikasi Grab sedia ada. Dari Airport sampai ke hotel baru dalam RM20, jadi tak risaulah untuk kena tipu dengan teksi atau charge yang tinggi. Dapat pemandu yang tak berbahasa inggeris pun tak mangapa kerana apa yang ada diapps telah memadai. Kalau link debit card ke credit card ke dia akan charge terus jadi tak perlu bayar cash.

Gedung Uniqlo yang besar

Kami ke 2 pasaraya besar di sana iaitu Saigon Centre dan Vincom Square. Banyak butik2 brand international yang susah nak jumpa di Malaysia. Dan Uniqlo di sana sangat besar, ada yang sampai bertingkat2. Pilihannya jauh lebih banyak berbanding apa yang biasa ada di Malaysia. Banyak juga offer2 yang menarik. 

Persepsi buruk terhadap komunis/ sosialis

Vietnam merupakan sebuah negara bekas komunis yang berevolusi menjadi negara sosialis. Biasanya kita yang mengamalkan demokrasi akan dimomokkan dengan teruknya kehidupan di negara yang tidak mengamalkan demokrasi seperti tiada kemodenan, tiada kebebasan dan kehidupan yang susah. Hakikatnya tidak banyak beza pun jika dibandingkan HCMC dengan Kuala Lumpur. Kalau kita pandang sedikit kepada sejarah, banyaknya tamadun manusia yang hebat2, yang kekal beratus2 tahun bukanlah dibina atas demokrasi pun.   


Baru tiba di Airport Saigon, cuaca agak panas

Sazi Hotel tempat kami menginap, keluar hotel dah ada kedai makanan halal

Suasana menjelang senja, HCMC merupakan bandar yang hidup sampai ke malam

Freshly brew coffee

Saigon Centre

Pekena mee kari udang di salah sebuah kedai Melayu

Ini tempat puah isteri tempah suit

Kalau dah sampai duduk macam tu dah tak boleh nak kata apa dah

Buat air dari atas motor sahaja, peramah brader ni

Seronok bershopping

Singgah masjid Al-Muslimin, di luar masjid ini ada 2 kedai makan yang halal. Satunya menghidangkan makanan Turkey. Dapat merasa lentil soup yang diidam2kan selalu.

Jalan2 sampai ke jeti sungai.

Setakat ini sahaja untuk perkongsian short trip ke HCMC. Terima kasih membaca dan semoga bermanafaat.

31 ulasan:

  1. Makanan halal hanya ada di tempat tertentu saja ya...tapi mau jalan lebih mudah ya kalau transportasi seperti grab ada,jangan lupa oleh-oleh nya😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Reney, hanya di tempat tertentu sahaja. Kena standby juga makanan kering seperti roti dan biskut kalau keluar dari kawasan Ben Thanh.

      Padam
  2. Wah! bagusnya ada service tempah baju siap segera macam tu. Beli kain di disitu juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya kainnya boleh beli sisitu juga. Banyak pilihannya bahkan kain stretchable pun ada. Bukan suit sahaja, baju kurung, kebaya pun boleh tempah siap sehari.

      Padam
  3. Uniqlo bertingkat-tingkat…menarik!

    Takpe kalau tak dapat melawat banyak tempat pun, santai-santai je kita nikmati suasana di tempat asing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, lagi pun kosnya ke negara jiran ni tak mahal sangat. Mungkin di masa2 akan datang akan ada peluang lagi. Siapa suka Uniqlo boleh jadi tak keruan dibuatnya. Nak keluar pun tak jadi keluar banyak kali.

      Padam
  4. Patutlah digemari pelancong malaysia... senang makanan halal!

    Yes! banyak gambar!

    BalasPadam
  5. memang best dpt jln2 ke sini...i was there many2 years ago..pun sempat guna service tempah baju terus siap tu heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dah lama dengar orang kita suka ke Ho Chi Minh. Hanya kali ini baru berpeluang ke sana. Katanya Hanoi pun menarik juga.

      Padam
  6. Traveling bersama memang bisa menjadi cara untuk meningkatkan ikatan dalam keluarga. Jadi sebaiknya traveling bersama keluarga mesti diagendakan.

    Orang muslim ketika traveling selalu mencari makanan yang halal. Tidak masalah jika dijual dengan harga yang sedikit lebih mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia, tidak komplen sangat bab harga makanan halal itu. Dapat bantu ekonomi saudara seagama sekali. Masakannya juga cocok. Teringin nak ke Indonesia pula ni.

      Padam
  7. Belum pernah lagi sy sampai ke Vietnam. Susah ya nak dapat makanan halal tapi orang Msia ramai ke sana, tu yg

    BalasPadam
    Balasan
    1. sambung - tadi tertekan publish, hahaha.

      Mereka demand tu yg jual makanan halal mahal agaknya. Oh, ni cerita sebelum PJJ atau selepas PJJ?

      Padam
    2. Ini cerita selepas semasa dah PJJ seminggu dua. Sebenarnya di mana2 di luar negara makanan agak mahal. Hanya di negara sendiri kita dah tahu mana nak cari yang sesuai untuk makan selalu dan yang mana yang sesuai untuk makan sekali sekala. Pilihan di tempat sendiri terlalu banyak.

      Padam
  8. nice entry. beberapa kali pakji ajak ke sana. tapi..LM ni susah nak hidup kalau tak dapat menu ala ala malaysia.entry ni sangat membantu.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini baru pertama kali. Bolehkan ikut saranan di atas kalau nak ke sana.

      Padam
  9. Terima kasih diatas perkongsian perjalanan, semoga sihat selalu dan selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Telah selamat sampai ke tanah air.

      Padam
  10. 2011 saya kesana, makanan halal msh susah sangat dicari. Jadi saya dan suami banyak makan di restoran India. Pernah teringin pho, tapi Krn kuatir pork, tak jadi. Cuma kemudian ada jumpa pho yg pakai sapi, walopun mungkin tak jelas sembelihnya, ya sudahlah saat itu makan saja. Terkadang kalo traveling ke negara non muslim prinsip saya hanya, yang penting bukan pork dan alkohol 😁

    Berarti kalo nanti balik ke HCMC, at least saya dah tahu kemana nak stay dan makan halal di HCMC 👏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah ajak suaminya jalan2 Ho Chi Minh lagi. Sudah 12 tahun tu pasti sudah banyak bezanya. Ramai juga orang ke Hanoi. Harus sedia mee instant kalau ke tempat sebegini. Kedai india pun ok kerana mereka banyak menu vege.

      Padam
  11. pernah sekali la ke sana..best jugak sbb shopping tudung
    cuma memang penin bab currency tu, nasib leh pakai RM jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelikkan kat sana tak ramai mana yang pakai tudung tapi diorang pandai nak jual apa yang Malaysia suka nak beli.

      Padam
  12. Wowwww best best. Haha kalau dah duduk bersila dalam kedai, suami pergi la minum kopi dekat2 dulu makan bingka ubi ke. Lain kali boleh pergi lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain HCMC mana lagi yang menarik di Vietnam?

      Padam
  13. makanan kat sana mmg mahal... tekezut tgk harga nasi goreng sepinggan ms 2015 dulu dah harga RM12 kalau x silap...

    borong lain ela utk buat baju raya ke tuuuu hehehe...

    apa ug terbaru kat sana? sy pun nak pergi jg nnt. insya allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng memang belas2 ringgitlah kalau dikirakan. Kalau dulu RM12 sekarang rasanya dalam lebih kurang RM18. Kat Malaysia pun ada kain ela haha. Yang terbaru tak pasti juga, mungkin sky view dari bangunan tinggi tu kut, tapi kami tak pergi naik pun.

      Padam
  14. Pernah pergi dulu.. 10 tahun lepas.. Apa yg tuan cerita lebih kurang sama seperti 10 tahun lepas. Makanan tekak malaysia amatlah mahal.. Ben tenh market syurga shopping

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan susah nak jumpa yang halal. Kalau nak save sikit kena bawa Maggi.

      Padam
  15. Brp harga utk tempat 1 suit perdmpuan?

    BalasPadam