Ahad, September 20, 2015

Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Murtadha (ghost buster) | 20 September 2015


Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Murtadha (ghost buster) | 20 September 2015

Ambil iktibar kisah ketaatan Nabi Ibrahim AS
Tinggalkan isteri dan anak di padang pasir. Setelah lama berkahwin lalu baru dikurniakan anak. Nabi Ibrahim patuh.

Paling singkat haid ialah 1 hari 1 malam, paling lama 15 hari.

Paling singkat nifas ialah 1 detik, paling lama nifas mengikut Mazhab Syafie ialah 60 hari. Lebih dari itu darah istidhah (penyakit). Wajib solat selepas mandi.

Solat mengiring dada mengadap kiblat, anggota kanan sebelah bawah.

Solat baring kaki lunjur ke arah kiblat.

Sembelih 2 kali sah jika tidak sengaja, contohnya pisau terjatuh

Hukum rebah lembu adalah sunnah, mengadap kiblat juga sunnah. Unta disembelih berdiri.

Tidak digalakkan perempuah jd tukang sembelih.

Tujuan korban ialah untuk disedekahkan. Bahagikan 3 bahagian, 1 untuk fakir miskin, 2 untuk saudara mara, jiran, 3 untuk sendiri. Bahagian sendiri elok disedekahkan juga.

Solat hormat waktu, tujuan jika ada halangan tanpa dibiarkan waktu solat berlalu. Syarat
Tiada alat untuk berwudhu / tayamum
Syarat telah masuk waktu
Tiada harapan untuk solat dalam waktu itu
Hanya boleh dibuat untuk solat fardhu
Contoh di dalam perjalanan yang tidak boleh berhenti.

Solat yg dihormat waktu itu wajib diqada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan