Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Muhammad Akramin Kamarul Zaman | 27 Oktober 2015

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Muhammad Akramin Kamarul Zaman | 27 Oktober 2015



Al Quran dan hadis nabi adalah 2 sumber dalam bahasa Arab


4 kategori:

  • Qat'i, hadis tidak dipertikaikan
  • Sumber tidak boleh dipertikan
  • Sumber yg boleh dipertikai, maksud tetap sama
  • Sumber dipertikaikan, maksud dipertikaikan


Contoh satu kalimah dengan pelbagai makna. 


Contoh perkataan salasa alhuruq dalam bab iddah


Dari perkataan Alharq ada bbrp Makna:

  • Tempoh sucinya seorang wanita
  • Haid


Pendapat pertama 3 kali suci

Pendapat kedua tidak cukup 3 bulan lengkap, 2 bulan setengah sahaja


Mazhab Dzohiri terima hanya Quran, sunnah & ijma shj. Qias tidak diterima


Mazhab Ibadiyah - mazhab rasmi negara Oman. 


Bab zakat. Tiada dlm mazhab Shafie membayar menggunakan wang


Tafsir At Thobary merupakan tafsir paling awal. Mempunyai mazhab sendiri. 


Sesuatu yang halal ttp paling Allah benci ialah talak


Talak ketika haid hukumnya haram


Contoh kedua dalam bab jenayah perkataan hirabah (rompakan bersenjata). Ada pendapat

  • Rompakan bersenjata di luar bandar
  • Ada pendapat termasuk di bandar


Hukumnya dibunuh, atau disalib mati, atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang, atau diusir ke luar negara. 


Pendapat:

  • Imam boleh pilih mana2 hukum
  • Tengok kepada kesalahan


New Parker Refill

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustaz Mohd Zainudin (PU Yoep) | 18 Oktober 2015 | Ma'al Hijrah

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustaz Mohd Zainudin (PU Yoep) | 18 Oktober 2015 | Ma'al Hijrah



Wajah orang yang beriman berseri2 kesan dari sujud dan wudhunya. 


Telah masuk 1437H. 


Orang cerdik ialah orang yg menyediakan bekal untuk matinya. Orang bodoh ialah yang mengikut nafsunya. 


Khalid Al Walid, seorang panglima perang, badannya penuh luka kesan perang ditakdirkan mati di tempat tidur. 


Sebelum tidur baca 3 kul. 


Imam perlu sesuaikan solat dengan jemaahnya. 


Hijrah akhlak, sikap. 





Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Hafizal Abu Hassan | Jamiul Fawait | 16 Oktober 2015

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Hafizal Abu Hassan | Jamiul Fawait | 16 Oktober 2015


Rombongan Arab Badwi datang dengan berpakaian bulu biri2. Keadaan mereka dhaif. Nabi lihat mereka seperti ada hajat. Nampak mereka memerlukan pertolongan. Nabi arahkan penduduk bersedekah kepada rombongan Badwi itu. Orang sekitar buat tak tahu. Sampai berubah rupa Nabi. Jarir berkata, seorang bangun membawa seuncang duit dah memberikannya kepada rombongan, kemudian baru ada yang mengikuti memberi sedekah. Rupa nabi nampak gembira. Siapa yg buat satu amalan baik dan menjadi contoh kpd orang lain maka dituliskan pahala orang yg melakukannya tanpa mengutangkan pahala pelaku amal baik itu. Dan orang yg menunjuk contoh amalan yg jahat, dosa kejahatan yang orang buat akan dapat kepadanya juga tanpa mengurangkan dosa pelakunya. Riwayat Imam Muslim 


Pengajaran:

  • Nak buat baik jgn tunggu org lain buat dulu
  • Dakwah perbuatan lebih berkesan, dgn teladan, dgn akhlak
  • Kerugian bagi orang yg melambatkan berbuat kebaikan
  • Islam agama teladan. Nabi dengan akhlaknya berjaya menarik org kafir memeluk Islam


Kesempurnaan Solat


Pakaian kita sempurna jika

  • Dari rezeki yg halal yg baik
  • Suci dari najis yg tidak dimaafkan
  • Atas jalan sunnah tanpa rasa takabbur atau megah


Memelihara waktu

  • Ada mata yg peka dengan waktu dan ambil berat
  • Telinga yg mendengar pada azan
  • Ada hati yg berfikir kebesaran Allah


Mengadap Kiblat

  • Hadapkan kiblat dengan dadamu
  • Hadap kepada Allah dengan hatimu
  • Hadir dengan khusyuk dan hina pada Allah



Niat

  • Tahu apa solat yang kita ingin dilakukan
  • Berdiri sungguh2 mengadap Allah
  • Tahu Allah mengetahui apa di dalam hati kita


Takbir

  • Engkau takbirkan dengan takbir yang soheh dan jazak. Sebut betul2 
  • Angkat dua tangan separas telinga
  • Hati hadir 


Qiam

  • Jadikan mata di tempat sujud
  • Jadikan hati seperti diserah kepada Allah
  • Jgn berpaling ke kanan ke kiri


Qiraat

  • Baca bacaan yg tiada kesalahan
  • Baca dengan tafakkur (otak faham makna) dan tadabbur (hati akui makna)
  • Amalkan apa yang dibaca


Rukuk

  • Ratakan belakang dengan leher
  • Hantar tapak tangan di atas lutut, jari ke bawah & sedikit renggang
  • Toma' niah & tenang


Sujud

  • Tangan belakang sedikit dari telinga, paras bahu
  • Jangan laga perut dengan peha
  • Rengangkan dua lengan dengan badan
  • Toma' ninah 


Duduk antara dua sujud

  • Duduk atas kaki kiri
  • Jari kaki kanan di tegak
  • Baca sungguh2
  • Doa untuk diri dan para mukminin


Salam

  • Bg salam seperti bagi salam


Ikhlas

  • Redha Allah
  • Taufik
  • Pelihara hingga lupa kebajikan


Kepelikan Eryna Zulaikha

Antara kepelikan Eryna Zulaikha ialah ada masanya dia akan tengok tv secara terbalik. Kaki kat atas, kepala kat bawah. Mcm kelawar.

Kuliah Maghrib | Masjid Permatang Janggus | Ustaz Ahmad Jailani Abd Ghani | Talbis Iblis | 14 Oktober 2015

Kuliah Maghrib | Masjid Permatang Janggus | Ustaz Ahmad Jailani Abd Ghani

| Talbis Iblis | 14 Oktober 2015



Karangan Imam Ibn Jauzi. 


Iblis memperdaya golongan yg mengingkari nubuwah. 


Biasanya orang mati lazim dengan kebiasaan kehidupannya di dunia. 


Terdapat golongan Brahma di India yg percaya ada tuhan yang satu iaitu yg mencipta. Percaya ada utusan, percaya syurga dan neraka. Mereka percaya malaikat yang diutuskan kpd manusia. 


Walaupun mereka nafi adanya nabi tetapi tidak menolak adanya orang tertentu yg diberi hikmah. Sebagai panduan kepada manusia. 


Holy Quran 10:2

------------------

أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ رَجُلٍ مِّنْهُمْ أَنْ أَنذِرِ ٱلنَّاسَ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِندَ رَبِّهِمْ ۗ قَالَ ٱلْكَٰفِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ مُّبِينٌ


Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."