Kuliah Maghrib | Masjid Permatang Janggus | Ustaz Ahmad Jailani Abd Ghani
| Talbis Iblis | 14 Oktober 2015
Karangan Imam Ibn Jauzi.
Iblis memperdaya golongan yg mengingkari nubuwah.
Biasanya orang mati lazim dengan kebiasaan kehidupannya di dunia.
Terdapat golongan Brahma di India yg percaya ada tuhan yang satu iaitu yg mencipta. Percaya ada utusan, percaya syurga dan neraka. Mereka percaya malaikat yang diutuskan kpd manusia.
Walaupun mereka nafi adanya nabi tetapi tidak menolak adanya orang tertentu yg diberi hikmah. Sebagai panduan kepada manusia.
Holy Quran 10:2
------------------
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ رَجُلٍ مِّنْهُمْ أَنْ أَنذِرِ ٱلنَّاسَ وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِندَ رَبِّهِمْ ۗ قَالَ ٱلْكَٰفِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَٰحِرٌ مُّبِينٌ
Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan