Kuliah Maghrib | Masjid Timah | Ustaz Hasnol | 25 Disember 2016 | 26 Rabiulawwal 1438 | Hukum Perkahwinan |

Ustaz Hasnol di Masjid Timah

Hukum - menetapkan sesuatu bagi sesuatu. Peraturan, ketetapan, ketentuan.

3 bhgn hukum - Hukum syarak, hukum akal, hukum edan (kebiasaan) 

Hukum syarak - wajib, sunat, harus, makhruh, haram. 

Sunat - muakad, ghairu muakad. 

Contoh sunat muakad - witir, dhuha. Nabi tak tinggal walaupun dalam safar. 

Hukum perkahwinan berubah2 mengikut keadaan tiap individu. 

Sunat - berlaku bila individu berhajat untuk berkahwin. 

Memiliki kemampuan untuk memberi nafkah. 

Hukum sunat jika dia tidak berzina jika tidak berkahwin

Makruh berkahwin bila individu berhajat untuk berkahwin tetapi tidak mampu dr segi nafkah, mas kahwin

Individu perlu sibukkan diri dengan ibadat, berpuasa dan menjaga kehormatan diri

Makruh jika tidak berhajat untuk berkahwin, contoh sakit. Walaupun ada kemampuan

Afdal berkahwin berlaku bila individu tidak sibuk beribadat, tidak sibuk menuntut ilmu, mempunyai kemampuan tetapi tidak berhajat berkahwin. 

Mengelak maksiat. 

Haram berkahwin bila individu niat berkahwin untuk menzalimi wanita yang dikahwini. 

Kahwin dgn perempuan yang haram dikahwini

Wajib kahwin bila mampu tetapi tidak boleh kawal diri dari maksiat.