Khamis, Mac 14, 2024

Minyak Wangi Baru Untuk Ramadan Dan Syawal

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmatnya dapat kita sampai ke bulan Ramadan dalam keadaan masih hidup. Ada orang yang tidak dapat merasai Ramadan kali ini. Mungkin mereka adalah ahli keluarga terdekat kita, saudara mara, sahabat2 yang seangkatan dengan kita, rakan sekerja kita atau jiran2 kita. Bagi kita yang masih diberi peluang untuk merasai Ramadan ini mungkin tertanya2 apa hebatnya Ramadan ini? Teringat satu hadith dari Thalhah Bin Ubaidillah yang bermimpi tentang dua orang yang bersaudara. Kedua2nya telah terbunuh dalam berperang cuma yang yang seorang lebih awal dari yang seorang lagi. Yang terkemudian sempat dipertemukan dengan Ramadan. Rasulullah menyebut perbezaan kedudukan antara keduanya adalah seperti langit dan bumi. Dari itu dapat kita ketahui betapa besarnya peluang bagi orang yang dapat bertemu dengan Ramadan dalam masa yang sama kita tidak pula memperkecilkan ibadah jihad berperang dan mati kerananya, nilai jihad dan syahid itu sudah cukup besar besar, namun nilai bertemu Ramadan adalah lebih besar dari itu. Semoga kita dapat mempertingkatkan semangat diri untuk beribadah dalam bulan Ramadan kali ini. Penting juga bagi kita mempelajari ilmu2 agama dengan lebih mendalam, buat kajian tentang perbezaan2 pendapat dalam kalangan orang Islam terhadap sesuatu ibadah, dan menilai segala perbuatan yang kita anggap sebagai ibadah adakah ia sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Okey, berbalik kepada tajuk, semalam telah sampai minyak wangi baru untuk kegunaan sepanjang Ramadan dan Syawal. Sebelum ini ada juga saya buat catatan tentang minyak wangi kerana saya sukakan minyak wangi. Jarang dalam sehari saya tidak calitkan sedikit minyak wangi terutamanya untuk solat. Kali ini saya pilih wangian Oud Hindi dan Creed Aventus. Satu yang pekat dan satu lagi yang cair. Yang pekat baunya lebih keras dan tahan lama, saya suka gilir2kan atau sekali sekala akan gabungkan keduanya jenis ini. Jenis oud jika disapu pada pakaian atau pada kulit atau pada janggut, baunya akan kekal lama. Tak perlu letak banyak, cukup sekadar hujung2 calitan sahaja. Bagusnya penjual minyak wangi ini, selalu dia akan beri kayu siwak sebagai hadiah. Aku memang jenis mengunakan kayu siwak juga, jadi ia adalah bonus dan penyebab untuk aku terus membeli di kedai ini. 

Setakat ini dahulu catatan pagi ini. Sehingga bertemu lagi di lain catatan. Jangan lupa memperbanyakkan follow content berunsurkan agama dalam masa yang sama unfollow content2 yang ada maksiat di dalamnya. Semoga dengan jihad kecil ini dapat nilaian yang besar di sisi Allah swt. 

 

Dehn Oud Hindi dan Creed Aventus.

Dua botol untuk sekali pembelian.

Kapasiti 6ml yang sesuai dibawa ke mana2.

Sengaja cuba bauan moden Creed Aventus ini.

Free gift yang diberi.

 Sekian, terima kasih.

28 ulasan:

  1. Minyak wangi bisa membuat pemakainya lebih percaya diri, apalagi kalau tubuh,pakaian dan sajadah juga wangi,pikiran juga ikut terbawa tenang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau dah biasa berwangian, kalau tiada rasa tidak lengkap.

      Padam
  2. ramadhan kareem to u and ur whole family

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah2 lainnya.

      Padam
  3. terima kasih atas perkongsian, suami juga suka pakai perfume sebelum solat..minyak kasturi atau malaikat subuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try hadiah kat suami jenis oud pula.

      Padam
  4. Selamat menjalani ibadah dengan berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini. Abang Gebu cakap bila nak jumpa Allah pakaian kena lagi smart dari jumpa Raja lps tu berwangi-wangian. Jangan lupa pakai jam dan letak pen di poket jubah..(hehehehe..tak tau apa significant nya..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jam tu memang selalu duk pakai, pen tu time kerja je lah pakai. Pakai malam2 takde fungsinya.

      Padam
  5. Suami memang suka pakai minyak wangi/oud etc sebelum solat, satu rumah bau wangi best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau yang menenangkan. Oud ni bau dia keras, kadang orang perempuan tak suka jadi kena pakai sikit, hujung2 sahaja.

      Padam
  6. mcm best je minyak wangi ni. Nak beli di mana ye? TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Follow kedai "oneummah2011" di Shopee Aban Kie. Nak tanya apa2 boleh chat seller dahulu.

      Padam
  7. suka minyak wangi ... tetapi ade sejenis bau yg lady x berapa suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa orang perempuan kurang suka bauan tertentu dari arab. Baunya agak keras.

      Padam
  8. Saya juga suka dengan minyak wangi...dari muda sampai sekarang ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga dengan saya, cuma akhir2 ini minat oud sikit dari yang lain.

      Padam
  9. Selamat berpuasa... 😊
    Hmmm wanginya sudah tercium dari sini.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki kita dapat bertemu Ramadan lagi. Selamat menunaikan ibadah puasa.

    Yang saya tahu, bauan Oud ni popular. Tapi tak pernah bau lagi.

    BalasPadam
  11. Wangi Oud itu fav saya juga, Krn khas Timur Tengah BANGETTTT. Dan wanginya tajam juga awet. Saya ada Bbrp parfume yg base nya oud, tapi pastinya yg utk wanita.

    Wangi oud pria pun sedap ❤️. Suami juga pakai parfume aroma oud yg wangi langsung semerbak dan sweet. Makin lama dipakai, makin enak aromanya ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh minat juga ya, baguslah mempelbagaikan wangian. Kadang sesetengah orang hanya pakai jenama barat.

      Padam
  12. Harum pun menyenangkan perasaan orang keliling kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu uncle, kalau busuk langsung orang akan menjauhi.

      Padam
  13. Saya biasa pakai minyak wangi sebegini untuk ke masjid..

    BalasPadam
  14. kalau sapu kat baju lepas basuh bau tu kekal lagi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas basuh akan hilang baunya. Jadi bau sabun basuh dan comforter lah.

      Padam