Ahad, Februari 12, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 12 Februari 2017 | 16 Jaw 1438

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 12 Februari 2017 | 16 Jaw 1438


Tafsir Surah Ibrahim AS ayat 42 & 43



Holy Quran 14:42

------------------

وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ ٱلْأَبْصَٰرُ


Dan janganlah engkau (wahai Muhammad ﷺ) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).


Holy Quran 14:43

------------------

مُهْطِعِينَ مُقْنِعِى رُءُوسِهِمْ لَا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ ۖ وَأَفْـِٔدَتُهُمْ هَوَآءٌ


(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).


Sifat ghaflah iaitu lalai tidak ada pada Allah. 


Kepimpinan Quraish yang penuh kezaliman. Kezaliman paling besar mereka ialah kesyirikan. 


Ukir patung, sembah patung, bertahalul di depan patung-patung. Mereka juga berwujuf. 


Quraish percayakan Allah. 


Allah maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Allah tahu apa yang terlintas di hati manusia. 


Dosa, kubur dan rezeki. 


Kitab Al-Adzkar - Imam Nawawi. Nabi ajar 3 perkara: 

  1. Allahummaghfirli zanbi - Ya Allah ampun dosaku. 
  2. Wa wassiqli fi daari - Ya Allah luaskan kediamanku (kubur)
  3. Wa baarikli fiima rozaqtani - Ya Allah berikan rezeki yang berkat


Muzium Nabi Muhammad di Masjid Nabawi. Boleh lihat replika rumah nabi. 


3 perkara buat tenang:

  1. Jiran yang baik
  2. Kenderaan yg baik
  3. Rumah yg luas


Allah melambatkan balasan kerana beri ruang untuk taubat. 


Melambatkan balasan supaya dibalas di hari kiamat. 


Al-Qamar ayat 7 & 8


Holy Quran 54:7

------------------

خُشَّعًا أَبْصَٰرُهُمْ يَخْرُجُونَ مِنَ ٱلْأَجْدَاثِ كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُّنتَشِرٌ


(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran.


Holy Quran 54:8

------------------

مُّهْطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِ ۖ يَقُولُ ٱلْكَٰفِرُونَ هَٰذَا يَوْمٌ عَسِرٌ


Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat sukar!


Pengajaran buat orang zalim. Jangan rasa sedap di dunia. 


Lalai sifat manusia. 


Suasana di hari kiamat. 





Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan