Ahad, Julai 09, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 9 Julai 2017 | 16 Syawal 1438




Tafsir Surah Ibrahim AS ayat 48 & 49

Holy Quran 14:48
------------------
يَوْمَ تُبَدَّلُ ٱلْأَرْضُ غَيْرَ ٱلْأَرْضِ وَٱلسَّمَٰوَٰتُ ۖ وَبَرَزُوا۟ لِلَّهِ ٱلْوَٰحِدِ ٱلْقَهَّارِ

(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.

Holy Quran 14:49
------------------
وَتَرَى ٱلْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ مُّقَرَّنِينَ فِى ٱلْأَصْفَادِ

Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.

Bumi mahsyar yang putih kemerahan seperti roti yang dibakar. 

Badal = ganti

Holy Quran 50:44
------------------
يَوْمَ تَشَقَّقُ ٱلْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ

Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.

Kitab Mustika Hafis bab keistimewaan Nabi ﷺ di padang Mahsyar. 
  1. Penghulu 
  2. Di tangan ada panji bendera kepujian (liwa ul-hamd) semua nabi2 lain mengikut nabi Muhammad ﷺ
  3. Kubur nabi ﷺ mula dibelah, paling mula keluar ke Mahsyar, kedua Aba Bakrin, Umar, Uthman dan Ali. Berpakaian & menunggang kuda ke Mahsyar. 

Holy Quran 19:85
------------------
يَوْمَ نَحْشُرُ ٱلْمُتَّقِينَ إِلَى ٱلرَّحْمَٰنِ وَفْدًا

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.

Tiang wufud (duta) di Rauhah melekat di rumah rasulullah ﷺ 

Orang bertaqwa diberi pakaian

An-najm 38-42

Holy Quran 53:38
------------------
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

Holy Quran 53:39
------------------
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

Holy Quran 53:40
------------------
وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

Holy Quran 53:41
------------------
ثُمَّ يُجْزَىٰهُ ٱلْجَزَآءَ ٱلْأَوْفَىٰ

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

Holy Quran 53:42
------------------
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلْمُنتَهَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

286 Al Baqarah

Holy Quran 2:286
------------------
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Orang beriman tidak akan hairan dengan ketidak adilan di dunia. 

Holy Quran 2:42
------------------
وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan