Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Dr Rozaimi | 3 Ogos 2017 | 11 Zulhijjah 2017

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Dr Rozaimi | 3 Ogos 2017 | 11 Zulhijjah 2017

Hadis 29

Dimasukkan Imam An-Nawawi dalam hadis 40.

Muaz Bin Jabbar dipuji kerana ilmu selok belok halal dan haram.

Muaz terlibat dengan semua perang yang disertai Nabi ﷺ.

Muaz juga seorang pemuda yang kacak.

Muaz mati dengan ujian penyakit taun di Sham. Taun Amwas. Ghur, Jordan. 17H umur ?.

Ibn Rejab Al-Hambali kritik hadis ini. Menyatakan ada masalah pada sanadnya. Abu Wael tidak pernah riwayatkan dari Muaz.

Satu lagi jalur juga bermasalah. Tetapi ada jalur2 lain yang menyebabkan At-Tirmidzi menyatakannya Sahih Hasan.

Satu amalan yang boleh bawa ke syurga dan hindar dari api neraka.

Nabi ﷺ jawab, engkau bertanya satu soalan yang hebat.

Tetapi dia (amal itu) mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya.

Jika nakkan syurga mesti beramal.

Sebelum beri salam dalam solat, minta syurga dan minta perlindungan Allah dari neraka.

Dalam Al-Quran juga disebut.

Sembah Allah dan tidak lakukan syirik

Dirikan solat, puasa & haji.

Nabi tanya Muaz adakah dia nak lagi kepada pintu kebaikan.

Puasa itu perisai & kubu yang kukuh menghindar neraka.

Sedekah dibanyakkan kerena sedekah memadamkan dosa kecil seperti air memadamkan api.

Solat lelaki pada waktu malam kerana takutkan api neraka.

Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat. Puncaknya adalah jihad.

Jihad untuk memastikan dakwah tidak disekat.

Kesimpulan Nabi ﷺ untuk dapatkan syurga ialah tolong tahan lidah kamu.





No comments: