Kuala Lumpur - Amsterdam - Frankfurt - Nuremberg

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 16 hingga 23 Oktober lalu berpeluang ke Germany untuk menyertai satu conferance berkenaan diversity dalam pendidikan. Lokasi conference kali ini di Nuremberg, Germany. Nuremberg merupakan salah satu bandar besar di negeri Bavaria di selatan Germany, bersempadanan dengan Czech Republic, Austria dan Switzerland. Conference ini merupakan salah satu aktiviti dalam MoU di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Faderich-Alexander University (FAU).

Perjalanan bermula dengan menaiki Grab car dari Gombak ke KLIA Sepang (Kenapa lapangan terbang ini menggunakan nama KL sedangkan lokasinya tidak terletak di KL pun?). Sampai di KLIA saya dan wife bersarapan ala kadar apa yang ada. Rombongan dari USM bertolak dari Airport Bayan Lepas tetapi kami menunggu di KLIA sahaja.

Untuk sampai ke Nuremberg kami akan transit di Ansterdam dan Frankfurt kemudian menaiki train ke Nuremberg.

Airport KLIA
Sedia untuk memulakan perjalanan lebih dari 24 jam ke destinasi
Ration dalam flight KLM
Orang tengah syok tidur kita bergambar dulu 
Bandar Amsterdan dari dalam kapal terbang, boleh nampak kincir angin moden
Baru sampai Airport Schiphol, Amsterdam
Menunggu flight seterusnya di Airport Schiphol, Amsterdam
Baru mendarat di Airport Frankfurt

Kami tiba lewat malam di Nuremberg dan kami akan tinggal berempat di sebuah rumah yang disewa melalui Airbnb. Untuk ke rumah kami telah minta tuan rumah hantar memandangkan belum biasa dengan situasi dan kami tiba lewat malam. Tuan rumah mengenakan charge sebanyak Euro50 untuk dari Nuremberg Train Station ke kawasan rumah di Moggenhof. Nak dijadikan cerita dalam perjalanan menghantar kami, kereta kami telah ditahan polis kerana tuan rumah memandu laju dalam perjalanan. Tuan rumah ni berasal dari Yemen, katanya telah 10 tahun menetap di Nuremberg. Dia telah dikenakan penalti sebanyak Euro200. Nasib polis tidak banyak soal dengan kami di dalam kereta ketakutan dan kepenatan kerana waktu perjalanan yang melebihi 24 jam sebelum sampai ke destinasi.

Bersambung...

No comments: