Rabu, November 01, 2017

Conference in Nuremberg Part 1

Bersambungan dari entry...

Pagi pertama di Nuremberg.

Walaupun kepenatan berada dalam perjalanan selama lebih dari 24 jam untuk sampai ke destinasi, disebabkan jetlag pukul 4 pagi dah bangun. Bangun untuk selesaikan jamak takhir Maghrib dan Isyak. Kemudian sementara menunggu Subuh wife masak nasi dahulu dengan lauk2 segera yang dibawa dari Malaysia.

Kami tinggal di kawasan Muggenhof di 15 Tassilostraße. Rumah dengan 3 bilik siap 3 toilet dan 2 dapur. Amat selesalah untuk tinggal berempat. Kalau ada yang  nak cari tempat tinggal boleh ke link Airbnb ini.

Untuk sampai ke Bandar Nuremberg atau kami perlu manaiki train underground atau U Bahn dari Muggenhof ke Hauptbahnhof (Nurnberg Hbf - Central Station). Boleh beli tiket untuk seminggu terus.


Excited bila dapat merasa suasana pagi yang sejuk
Panduan train underground yang penting untuk diambil gambar

Aktiviti pada hari ini ialah peserta conference perlu ke bahagian finance di Friedrich-Alexander University di Erlangen. Erlangan merupakan satu bandar lain di utara Nuremberg.

Menunggu train Regional Express ke Erlangen
Suasana di train station di Gemany
Baru sampai di Erlangen menuju universiti
OOTD
Kalorien? Die zählen am Wochenende nicht!
Selesai urusan di Erlangen kami perlu ke Faculty of Humanities, Social Sciences, and Theology FAU di Nuremberg

Ucapan Aluan Profesor Anatolli di FAU
Suasana di universiti tempat conference berlangsung
(FAU Erlangen-Nürnberg, Campus Regensburger Straße)
Nak balik dah dari sesi pembukaan petang 

2 ulasan:

  1. Kalorien? Die zählen am Wochenende nicht! - Google translate: Calories do not count on weekends! Hehe..

    BalasPadam
  2. Jadi kalau nak makan banyak makan waktu weekend sahaja.

    BalasPadam