Rabu, Ogos 08, 2018

Dengan siapakah kita perlu belajar?

✍️ Dengan siapakah kita perlu belajar?

Yusuf bin al-Husain menceritakan:

Aku bertanya kepada Dzun Nun tatkala perpisahanku dengannya, “Dengan siapakah aku perlu belajar?”.

Beliau menjawab; “Hendaknya kamu belajar bersama orang yang apabila kamu melihatnya ia akan mengingatkan dirimu kepada Allah.

Kamu memiliki rasa segan kepadanya di dalam hatimu.

Orang yang kata-katanyanya menambah ilmumu.

Orang yang tingkah lakunya membuat kamu semakin zuhud kepada dunia.

Kamu tidak mau bermaksiat kepada Allah selama sedang berada di sisinya.

Dia memberikan nasihat kepadamu dengan perbuatannya, tidak dengan ucapannya semata.”


al-Muntakhab min Kitab az-Zuhd wa ar-Raqaa’iq, hal. 71-72📝


Tiada ulasan:

Catat Ulasan