Ahad, Ogos 05, 2018

Kuliah Maghrib | Masjid Behrang 2020 | 5 Ogos 2018 | 23 Dzulkaedah…

Kuliah Maghrib | Masjid Behrang 2020 | 5 Ogos 2018 | 23 Dzulkaedah 1439 | Bab zakat: Adab orang yang menerima zakat



Berhati2 menerima zakat pastikan sumbernya bukan dari sumber yang haram atau shubhat yang berat.

Ahli zimmah tidak wujud jika negara Islam tidak wujud.

Orang berhutang boleh menerima zakat.

Sedekah itu termasuk juga sedekah bukan zakat (sunat) dan zakat.

Kelebihan bersedekah ada banyak.

Sedakah ada jawapan kepada ujian cintanya manusia kepada harta dan sifat kedekut.

Sifat kedekut memang ada dalam diri manusia cuma ada yang berjaya menahan sifat kedekut itu dengan sedekah.

Sedekah adalah jalan bagi orang yang belum wajib berzakat.

Harta terbahagi dua. Harta yang ditinggalkan untuk waris dah harta yang telah digunakan untuk perkara baik.

Malaikat sentiasa mendoakan bertambah harta bagi orang yang bersedekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan