Khamis, Jun 25, 2020

Memanjangkan jangka hayat sandle Clarks



Hujung minggu baru-baru ini ke IKEA untuk membeli beberapa barang selain cuci mata yang dah lama tak ke IKEA. Orang pun dah mula ramai, cuma barang-barang kat IKEA banyak yang telah kehabisan stok. Mungkin ada masalah transportation akibat pandemik COVID-19 yang baru sahaja memasuki fasa pemulihan di Malaysia. Tengah syok melihat-lihat barang sekali sandle Clarks pemberian isteri beberapa tahun lalu ni terbuka tapaknya. Mulanya hanya bahagian belakang tapi lama kelamaan habis tercabut terus. Terfikir juga kenapa IKEA tak jual selipar?? Petang semalam gam balik tapak sandle ni, harap boleh terus berkhidmat lebih lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan