Isnin, November 01, 2021

Selling My First ThinkPad - T430s


 

Assalamualaikum. Semalam ada cikgu nak beli laptop ASUS yang diiklankan. Bila dah jumpa dia tak berkenan pula sebab nampak macam lama sangat. Dia minta kalau ada laptop lain yang baru sikit. Saya kata ada ThinkPad dengan spec yang dah upgrade. Dia pun setuju dan saya cakap kena ambil masa sedikit untuk saya install Windows balik dengan software2 lain. T430s ni pakai OS Manjaro Linux masa tu dan saya ganti dengan Windows 11. 

Ini laptop pertana dari line up ThinkPad, jadi ada nostalgia sedikatlah. Sejak pakai ThinkPad T430s dah banyak beli ThinkPad untuk koleksi dan ada juga yang dijual semula. Baru sebentar tadi hantar kepada cikgu tu dan nasib baik dia setuju untuk beli dan nampak berpuas hati dengan penampilan dan performance. 

Sekarang tengah berkira2 sama ada nak cari gantinya atau pakai sahaja laptop lain dahulu. Laptop ada sahaja boleh pilih2 cuma nak dapat yang sedap pakai dan serasi tu yang susah sikit. Pada saya OK sahaja pakai laptop lama asalkan ada upgrade sikit2. Duk menaip blog ni pun guna ThinkPad T60p. Menaip memang sedap sekali. Selamat tinggal T430s, selamat berkhidmat untuk tuan yang baharu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan