Khamis, Mac 24, 2022

Apa Yang Menarik Di Tanjong Dawai?

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam postingan yang kesekian kalinya. Kali ini nak update sikit pasal hari trip membeli-belah di Tanjong Dawai untuk persiapan bulan Ramadan. Tak sampai dua minggu lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan (Semoga Allah membenarkan pertemuan ini), jadi kita perlulah membuat persediaan mental, fizikal dan material untuk bertemunya.  

Semalam bersemanganlah kami mengambil cuti rehat untuk semata-mata ke Tanjong Dawai. Tempat ini merupakan tempat yang terkenal dengan hasil lautnya. Ikan bilis, ikan kering, sotong kering dan pelbagai lagi hasil laut ada di jual di Arked Tanjong Dawai ni. Banyak jugalah memborong stok makanan laut dibeli semalam. Selesai membeli-belah bolehlah pekena mi udang dahulu di tingkat bawah arked ini. Mi udangnya ada keunikan tersendiri, tidak sama seperti mi udang di Sungai Dua juga di tempat-tempat lain.

Arked Tanjong Dawai terletak bersebelahan dengan Jeti Tanjong Dawai


Permandangan dari bahagian atas Arked Tanjong Dawai
Mi udang dengan udangnya yang besar dan rangup bila dimakan
Permandangan laut yang mendamaikan jiwa yang resah
Sebelum balik kita swafoto dahulu


2 ulasan:

  1. Saya ke arked Tanjung Dawai ni 2009 rasanya. Arwah adik saya yg bawa. Weekend baru2 ni ke Kota Kuala Muda..tetapi tak berkesempatan pergi ke sini..kalau tidak boleh beli ikan kurau masin u tuk bonda.

    BalasPadam