Isnin, Mei 29, 2023

Helmet Kena Curi

Kesan potongan pada tali topi keledar, terkena juga torehan pada seat.

Helmet yang pencuri tinggalkan. Lusuh dan dah koyak2 dalamnya. Ntah2 helmet curi juga.

Assalamualaikum. Menyirap betul rasa bila helmet kena curi. Seingat-ingat aku ini kali ketiga helmet kena curi sepanjang hidup ini. Kejadian yang terkini ni berlaku kat tempat kerja di Hospital Seberang Jaya. Dah 3 tahun lebih bekerja di sini dan ini kali pertama helmet kena curi di parkir staf. Kalau diikutkan beberapa meter sahaja dari pondok keselamatan dan berada di tengah-tengah kawasan tempat bekerja. Helmet yang dicuri bukanlah helmet yang mahal harga beratus-ratus. Helmet tu harganya memang tak sampai seratus. Tidak tahu apa yang menarik dengan helmet merah tu mungkin kerana selalu lap bagi berkilat lalu ia nampak baharu selalu. 

Helmet yang hilang ni memang dan ikat ke bawah seat jadi nak mencurinya tu nak kena potong tali nylon. Ini satu lagi kemusykilan, macam mana orang yang mencuri tu nak pakai balik helmet tu kerana tali dah tak ada. Gigihlah dia nak kena cari tali nylon yang sama saiz dan perlu jahit balik supaya boleh diikat. Kejadian pula berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Nak kata terdesak tak ada helmet, pencuri itu tinggalkan pula helmet lain yang buruk kat motor aku. Makna kata dia memang dah ada helmet. Hanya mungkin kerana sudah buruk tau tidak pandai menjaga helmet.

Terpaksalah aku balik ke rumah dengan tidak memakai helmet. Nasib baiklah rumah tidak berapa jauh dan ada jalan dalam yang boleh diikuti. Ku pujuk-pujuk juga hati ini bahawa ini bahawa ini hanya kehilangan kecil sahaja. Ada lagi kehilangan-kehilangan yang lebih besar akan berlaku kerana kehidupan dunia ini seluruhnya adalah ujian dan tiada satu ada pun merupakan milik kita selamanya. 

Petang tu terus beli helmet baharu. Lepas ni mungkin kena bawa masuk ke pejabatlah helmet kalau tak mungkin kena rembat lagi.

6 ulasan:

  1. Dia pun tak tahan bau kepam helmet sendiri..tu yg rembat org punya..sabar jer la

    BalasPadam
  2. ni mcm dah biasa mencuri je ni haihhh

    BalasPadam
  3. Helemet kena curi memang geram tapi lagi geram bila motor kena curi. Adik saya pernah hilang motor baru sebulan beli, geram memang geram.

    Semoga awak diberi rezeki dalam bentuk lebih baik menggantikan helmet yang hilang ya..aamiin

    BalasPadam