Wednesday, December 20, 2023

Kenang Kembali Kenangan Umrah 2015

Assalamualaikum dan selamat malam. Dah malam baru dapat membuat catatan pada blog ini. Rasa seperti telah lama pula tidak membuat catatan di sini, hampir seminggu tiada catatan baharu. Catatan ini merupakan catatan kelima untuk bulan Disember ini. Mungkin agak sibuk sedikir pada minggu ini. Hari ini aku ada bengkel untuk menghasilkan polisi bencana untuk hospital tempat aku bekerja. Esok sehari lagi berbengkel. Sebenarnya minggu depan aku bercuti seminggu, makanya banyaklah perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

Catatan kali ini hanya nak mengenangkan kembali kenangan umrah pada tahun 2015. Pada ketika itu aku berumrah bersama isteri dan kedua orang tuaku. Bersyukur betul dapat membawa mereka yang telah tua itu mengerjakan umrah. Abah (rahimahullah) pada ketika itu telah pun kurang sihat. Bagaimana pun sepanjang mengerjakan umrah itu kesihatannya baik sekali. Ada ketikanya dia bersendirian ke masjidil haram kerana kami bertiga pergi ziarah di luar kota Mekah. Trip umrah itu juga bersekali dengan ziarah ke Istanbul 2-3 hari. Banyak luang masa bersama abah dan emak pada ketika itu. Banyak juga kenangan2 peribadi yang tidak akan dilupakan.

Di sana kadang kala aku suka nak bertegur dengan orang2 di sana. Aku suka untuk sembang2 ringkas. Antaranya ada orang yang pada fikiranku adalah orang asal afrika, pekerjaannya adalah menjual bertih untuk orang beri makan burung merpati. Antara dialognya aku bertanya dia berasal dari mana, dia hanya menjawab dia muslim. Aku tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu aku bertanya lagi dengan lebih spesifik, kali ini dia menjawab "ardullah", maksudnya bumi Allah. Akhirnya aku mengalah lantas membuat aku terfikir bahawasanya seluruh umat Islam itu sebenarnya satu ummah, hanya kita yang membeza2kan orang itu berbangsa itu, berasal dari negara itu. Sebetulnya keseluruhaan umat Islam adalah satu ummah dan benar seluruh bumi ini adalah milik Allah. Hanya manusia yang mewujudkan batasan2 negara. Batasan2 negara inilah yang menyebabkan Palestin tidak mendapat pembelaan sepatutnya dari negara2 "Islam" yang mengelilingi Israel. Semuanya kerana kepentingan dan kedudukan sementara. Tidaklah menghairankan jika negara mereka juga akan hancur menjadi debu2 seperti di Gaza.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah aku dan isteri akan mengerjakan umrah pada awal tahun 2024. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Setakat ini dahulu untuk catatan kali ini. Hingga bertemu lagi dilain catatan.

Kagum apabila pertama kali melihat clock tower.

Inilah pemuda yang aku tanya di mana asalnya dan dia menjawab dia dari bumi Allah

Pada ketika ini pembangunan sedang pesat dijalankan jadi telah diwujudkan mataf sebagai tempat tambahan untuk tawaf mengelilingi Kaabah.

Abah yang dah lama tak memandu panik apabila duduk di sebelah kanan, sebetulnya pemandu di sana di sebelah kiri. Berbeza dengan di Malaysia.

Ada orang datang membawa ziarah ke luar kota Mekah.

Cantik sekali lampu ini di waktu gelap.

Setakat ini dahulu, sekian.
 

12 comments:

  1. Alhamdulillah
    Semoga dapat ke sana lagi

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah, moga dipermudahkan segala urusan :) saya pernah jugak ke sana many years ago...moga2 ada lagi rezeki ke tanah suci

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah adalah rezeki nanti tu. Yang penting kena ada semangat itu ke sana.

      Delete
  3. Perjalanan yang sangat mengesankan ya Mas, apalagi bersama orang tua.

    Moga dapat kembali berkunjung ke tanah suci.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar mas, sangat mengesankan tertutamanya setelah salah seorangnya telah tiada lagi.

      Delete
  4. Alhamdulillah..semoga selamat perjalanan mengerjakan umrah nanti dan dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, insyaAllah dalam 9 hari lagi.

      Delete
  5. Semoga lancar nanti ibadah umrohnya di awal tahun abaaang .

    Benarlah kata pemuda tadi. Memang kita semua berasal dari bumi Allah. Manusia saja yg membagi2 antara satu sama lain demi kepentingan sendiri.

    Rindunya saya nak umroh lagi...

    Enak kalo umroh di awal tahun, cuaca masih sejuk kan ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mbak, iya masih sejuk tu nanti. Semoga dapat ke sana lagi nanti.

      Delete
  6. Wahhhh seronoknyaaaa
    Cerita cerita macam nil aa buat kite terasa nak pergiiii je lag ikan?
    Sy mmg teringin nak pergi lagi tahun ni. Tp rupanya mama sy yg dpt rezeki dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita doakan sambil mengumpul2 dana untuk ke sana lagi.

      Delete