Friday, December 22, 2023

New Skechers Men GOrun Consistent Shoes - 220035-BKW

Assalamualaikum dan selamat pagi. Catatan pagi Jumaat ini adalah berkisar tentang sepasang kasut yang baru dibeli secara online dengan harga yang lebih murah dari harga pada laman utama dan juga yang di kedai. Rupa2nya di platform Tiktok banyak sekali tawaran2 produk dengan harga yang murah. Dah lama sebenarnya duk tengok2 dah akhirnya terbeli juga sepasang. Ini adalah kasut ketiga jenama Skechers yang aku beli. Sebelum ini aku gunakan kasut Skechers sebagai kasut kerja. Pekerjaan aku memerlukan aku untuk banyak berjalan dan aku perlukan kasut yang senang disarung. Jadi untuk keselesaan sepanjang hari jenama ini menjadi pilihan walaupun harganya agak mahal.

Bila ternampak tawaran harga yang berbaloi terus sahaja aku beli, cumanya berbeza dengan beli di kedai kita boleh pegang dan belek2 kasutnya. Pembelian secara online ini hanya dapat lihat gambar dan baca review2 pembeli yang lain. Disebabkan dah tahu saiz dan jenama pun sama dengan kasut terdahulu, tidaklah risau sangat sekiranya tidak ngam. Biasanya kalau jenama sama, fesyen kasut pun sama maka saiz akan sama juga.

Kebetulan hujung minggu ini akan ada gethering family day di Carpe Diem Camp di Serendah. Rancangannya nak try pakai kasut baru ni. Banyak kasut2 lama yang dah tidak boleh dipakai lagi. Pagi tadi sebelum pergi kerja aku dah buang 4 pasang kasut. Aku selalu jadikan rutin, bila kita beli sesuatu yang baru, kena buang yang lama supalaman web Skechersya rumah tidak akan penuh dengan barang2 yang tidak lagi hendak dipakai. Berikut maklumat tentang kasut ini dari laman web Skechers.

Description:

Find total comfort on everyday runs and workouts wearing Skechers GOrun Consistent™. This lace-up running and training style features a breathable mesh upper, responsive ULTRA LIGHT cushioning, and an Air-Cooled Goga Mat™ cushioned insole.

Features:
- Lightweight, responsive ULTRA LIGHT midsole cushioning
- Air-Cooled Goga Mat ™ breathable insole with high-rebound cushioning
- Ortholite ® comfort foam insole layer adds long-term cushioning and high-level breathability with 5% recycled rubber content
- Skechers M-Strike ® technology promotes efficiency in each stride. This midsole configuration creates smooth transitions from landing to toe-off.
- Breathable athletic mesh and synthetic upper
- Parametric midsole construction for support and stability
- Machine washable
- Skechers GOrun ® logo detail 


US9.

Selamat berkhidmat.

Tapak lebih tebal kerana ini dari siri GOrun.

Bolehlah buat briskwalk, jogging dan lari.

Dari segi design mungkin kurang tetapi keselesaaan dan ketahanannya yang diharapkan.

Sekian dahulu, jangan lupa memperbanyakkan selawat pada hari ini.

16 comments:

  1. brand ni mmg selesa pakai....saya bli 2019 lg elok smp skarang...time tu ada warehouse sale ..dpt la harga rm100++ harga kt butik dlm rm 400++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ketahanannya yang menjadikannya berbaloi selain dari keselesaan. Murah banyak itu yang buat geram tu.

      Delete
  2. Saya suka pakai skechers. Sejak suami hadiahkan beberapa tahun dulu, sampai sekarang saya pergi skechers je kalau nak beli kasut tapi tahun depan macam kena tukar pilihan brand kasut lain pulak rasanya sebab ada terbaca haritu skechers brand support israel..aduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulaah, saya pun tak pakai lagi Nike , Adidas Krn terbaca mereka support zi.onist. dan Skechers nih saya dah agak sama lah Krn sama2 US punya produk kan. Tapi memang blm terpikir nak ganti apa. Krn saya belum ketemu produk lain yg sol nya senyaman Skechers.

      Delete
    2. Kalau tak silap Skechers asal dari San Francisco. Memang US support Israel tapi kalau nak boikot US product semua menang banyak brand kena boikot.

      Delete
  3. Wahhh best dapat beli kasut...CUya beli kasut murah2 je sebab pakai sesekali je, tahun ni Cuya banyak beli kasut especially sneakers

    ReplyDelete
  4. my fav brand laaa for sneakers ;) so far i have 3 pairs in different colours..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah best tu berkaler2. Saya mostly hitam, tapak sahaja beza. 2 GOwalk dan yang baru ni GOrun.

      Delete
  5. Saya pun LBH suka brand Skechers ini drpd Nike, Adidas, puma dll bang. Lebih selesa dipakai. Rata2 sepatu traveling dan workout saya pun dari Skechers. Awet dan tahan lama pun ❤️. Tak payah sering ganti.

    Naah, saya juga tipe yg kalo beli 1 barang baru, harus buang 1 dari lemari. Jadi tak menumpuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lebih yakin untuk long distance walk bila pakai Skechers. Saya suka perkataan menumpuk tu, selalu tak terfikir perkataan tu.

      Delete
  6. Cari sepatu yang aman dan nyaman di pakai,yang pasti awet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin meningkat usia semakin kita perlukan kasut yang selesa dan dapat memberi perlindungan dari kecederaan. Nak jalan2 pun sedap.

      Delete
  7. tak pernah guna kasut skechers tapi sy tahu kualitinya memang terbaik.
    kalau kasut sebegini sy mmg prefer yang ringan. baru rs sedap nak bergerak.. bkn cantik semata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah try Skechers mesti taknak beli jenama lain dah. Ramai orang cakap macam tu.

      Delete