Sunday, December 10, 2023

Perompak Homestay Diserbu Polis (Trauma)

Assalamualaikum dan selamat beristirehat bersama keluarga. Aku sebenarnya masih lagi trauma kerana baru terjadi satu peristiwa besar dalam keluarga. Aku sebenarnya ada menguruskan homestay di Gombak bersama adik beradik, emak juga membantu serba sedikit. Aku dalam dilema sebenarnya sama ada perlu perkara ini dicatatkan pada blog ini atau tidak. Bukan apa risau kerana perkara ini melibatkan keselamatan keluarga. Namun, setelah difikirkan aku akan catatkan secara ringkas sahaja tanpa maklumat2 terperinci. Semuanya bermula pada hari Jumaat lepas.

Sewaktu aku sedang berjalan kaki balik dari masjid untuk solat Jumaat tiba2 ada satu panggilan masuk bertanyakan tentang homestay availability pada hari Jumaat itu. Orang itu macam terdesak sahaja. Aku pun check dengan adik beradik untuk confirmkan walaupun dalam kalendar memang nampak kosong. Orang tu katanya ada kerja yang belum diselesaikan, itu yang nak masuk urgent. Bila kosong aku pun minta details dan pembayaran untuk satu malam. Dalam pada menunggu tu tiba2 ada orang lain sampai  ke homestay. Mulanya memang tak bagi masuk tetapi bila tengok dah masuk deposit maka diberikanlah kunci. Yang masuk awal ni adalah 2 orang iaitu seorang lelaki dan seorang wanita. Orang yang awal booking masih belum sampai kerana katanya ada urusan belum selesai di JPJ.

Tiba2 dalam waktu Maghrib, kakak sulung hantar voice message katanya orang yang menginap tu perompak. Kelam kabutkan bermula dari masa tu sampai ke tengah malam dan berlanjutan sampailah ke saat ini. Dipendekkan cerita polis telah menangkap perompak itu di homestay kami, sewaktu tangkapan tiada yang menyedarinya dan hanya setelah selesai baru polis memberi tahu. Katanya 2 telah ditangkap dan seorang masih bebas pada ketika itu. Kakak kedua bersama suami ke IPD Gombak untuk membuat laporan. Bila disemak tinggalan orang itu, ada dijumpai dapur dadah. Menurut polis mereka memang orang yang dikehendaki oleh pihak polis dan telah banyak tempat mereka rompak. Modus operandinya ialah, sewa homestay dan curi barang2 dari dalam homestay. Untuk homestay kami televisyen telah diangkatnya dan walaupun televisyen itu ada tetapi ia dibawa ke sebagai bukti kes. Macam mana polis tahu perompak itu menginap di homestay kami tidak dapat dipastikan, mungkin polis telah mengekori mereka sebelum ini atau mungkin seorang ditangkap diluar homestay dan memberitahu keberadaan mereka tinggal di homestay itu. 

Susah juga nak bisnes kecil2an begini, ada sahaja orang jahat nak ambil kesempatan. Nasib baiklah tiada berlaku perkara2 yang lebih buruk. 

 

Berselerak jugalah barang dalam homestay, selain merompak mereka juga mengambil dadah


Dapur dadah yang dijumpai

 Sekian, dahulu. Mohon didoakan keselamatan kami sekeluarga.

23 comments:

  1. kami do'akan semoga faizal R beserta keluarga mendapatkan keselamatan

    ReplyDelete
  2. Allahu.... Ujian sungguh walau buat business sampingan homestay ni.. Inshallah sy doakan moga baik2 sahaja keselamatan keluarga semuanya..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah!
    Rasa suspen betul waktu baca.
    Syukurlah pihak polis cekap menjalankan tugasnya. Bersabarlah menempuh dugaan ini. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun suspen nak menulisnya. Duk risau sahaja sekarang ni.

      Delete
  4. Takutnyaaa.... Semoga encik sekeluarga dilindungi sentiasa...
    Zaman sekarang ni bahaya ada di mana2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ramai orang ambil kesempatan atas orang lain. TQ.

      Delete
  5. Allahuakbar... Semoga yg baik2 je bro faizal... Seram jugak kalau jadi mcm nie...

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar...semoga semuanya selesai dan dipermudahkan segala urusan. lepas ni tak boleh buat mudah dengan butiran pelanggan.kena ambil butiran lengkap dan booking awal.senang apa2 berlaku dikemudian hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kena lebih berhati2 lain kali, apa pun kalau orang itu menipu pun susah juga nak verify.

      Delete
  7. Oh itu namanya dapur dadah ke. Alhamdulillah polis bertindak cepat dan tiada yg lebih serious berlaku. Moga dipermudah kan semua urusan, dilindungi Allah sentiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau terjumpa jaga2lah. Biasanya zaman sekarang punya dadah adalah sintetik iaitu dibuat di makmal2 haram, kaedah pengambilanya biasanya secara inhelant iaitu disedut masuk ke paru2.

      Delete
  8. Ya Allah...ada saja orang yang berniat jahat ya Mas.
    Semoga kedepan tidak terulang lagi kejadian seperti begini.

    Salam,

    ReplyDelete
  9. scary sungguh! mcm2 jenayah nowadays...moga kita semua sentiasa di bawah lindungan Ilahi..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kena tingkatkan social resposibility dalam kalangan masyarakat. Bila nampak orang2 yang mencurigakan terus inform pihak polis.

      Delete
  10. Astaghfirullah.... Macam2 ujian bagi pelaku bisnis yaaa. Buat homestay, ternyata ada resiko yg masuk para perampok dan pecandu narkotika pula 😱. Susah juga kita untuk tahu orang yang akan stay baik ke, jahat..

    Tapi Alhamdulillah masih dilindungi Allah ya bang. Setidaknya mereka tertangkap sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya betul, di mana ada jalan untuk buat jahat pasti perompak akan nampak dahulu.

      Delete
  11. Syukur perampok sudah tertangkap, gak kebayang bila dalam rumah yang tamunya terbayar seorang penjahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, nasib baik tidak banyak kerosakan yang berlaku, cuma risau takut dia berdendam.

      Delete