Friday, December 08, 2023

Tragedi Pembunuhan Kanak-kanak Autisme Zayn Rayyan

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat. Pagi ni rasa nak membuat catatan sedikit pada blog ini. Dari malam tadi duk rasa nak menulis pasal tragedi pembunuhan kanak-kanak autisma bernama Zayn Rayyan yang berumur 6 tahun. Sebelum itu seperti biasa aku akan set alarm bangun tidur pada jam 5 pagi, dari pukul 5 tu main snooze2 sampailah ke jam 5.30 baru turun dari katil. Mandi2 dan terus bersiap dengan dressing untuk pergi kerja walaupun sebelum itu nak ke surau dahulu untuk solat Subuhnya. Hari ini berbaju Melayu warna biru cair. Pada hari Jumaat adalah disunatkan untuk berpakaian dengan pakaian yang terbaik. Dalam konteks di tempat kita baju Melayu ini dikira pakai yang baik kerana ia biasanya hanya dipakai dalam perayaan, majlis2 dan waktu solat. 

Selesai Subuh biasanya aku akan baca Al-Quran dahulu sambil menunggu anak bersiap ke sekolah. Biasanya aku akan baca 1/2 juzu' selepas Subuh dan 1/2 juzu' lagi selepas Maghrib supaya dalam sebulan dapatlah diselesaikan bacaan Al-Quran sebulan sekali seperti anjuran Nabi SAW. Setelah menghantar anak ke sekolah, disebabkan masih awal jadi sempatlah aku singgah bersarapan pagi dahulu. Pagi ni bersarapan nasi lemak dan teh tarik. Agak heavy juga sebab planning nak skip lunch heavy tengah hari nanti. 

Singgah bersarapan.

Berbalik kepada anak syurga Zayn Rayyan ni, dia telah dilaporkan hilang dua hari yang lepas. Operasi mencari dilakukan di sekitar kawasan rumahnya (kalau tak silap rumah pangsa). Mayatnya ditemui di anak sungai kira2 200 meter dari kawasan rumahnya. Pada peringkat mula tidak disebut kematiannya adalah kerana dibunuh kerana pada waktu itu bedah siasat belum dilakukan. Satu lagi disebabkan dia ni berpenyakit autisma maka ramai yang beranggapan ianya mungkin disebabkan kemalangan sendiri. Jadi bila tahu dia dibunuh ramai yang terkejut, lebih bersimpati dan takut. Sehingga ini masih belum ada petunjuk dan hanya keluarganya sahaja disoal siasat. Satu yang menarik dikhabarkan tempat mayat dijumpai itu telah berkali2 dilalui dalam operasi mencari. Apa pun kita doakan agar keluarganya tabah atas kehilangan ini dan diharapkan pembunuh akan diadili dengan hukuman bunuh juga.

17 comments:

  1. si pembunuh itu syaitan bertopengkan manusia! Tergamak dia bunuh anak kecil yg x berdosa. Semoga penjahat itu akan dpt ditangkap dan dikenakan hukuman yg setimpal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Abam Kie. Nampak misteri pula kes ini.

      Delete
  2. Kelakuan yg sungguh sangat keji dan kejam, semoga arwah Ananda diterima yang maha kuasa dan pembunuh di beri hukuman yg berat.

    ReplyDelete
  3. sedihkan...
    saya tengok kisah ni di TT .. semoga si pelaku dapat ditangkap dan diadili sebaiknya.

    Berlari-larilah kamu anak syurga bersama anak-anak yang lain di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih, terkejut dan takut dengan jenayah sekarang.

      Delete
  4. Tak sangka kes hilang jadi kes bunuh. Inna Lillah. Moga selesai kes ini secepatnya.

    ReplyDelete
  5. Semoga pembunuhnya dapat dijumpai dan menemui ke muka pengadilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, geram betul nak tahu motif pembunuhan tu.

      Delete
  6. Memang terkejut sangat macam mana boleh dibunuh anak syurga itu.
    Bila polis nak buat carian dari rumah ke rumah itu yg jumpa di anak sungai.
    nampak seolah pembunuh adalah dari penghuni atau org berdekata yang tahu keadaan persekitaran .. semoga cepatt la dpt pembunuh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu, dah lah kawasan tu telah pun dilalui semasa operasi mencari.

      Delete
    2. Geram sgt ni tak sabar nak tahu siapa dan motif nya..

      Delete
  7. Ya Allah, tega sekali yg melakukan 😭. Saya sampai cari dulu beritanya, tak terbayang sakit orang tua dia menerima cobaan ini. Handsome sangat anaknya 😭.semoga cepat tertangkap penjahat nya

    ReplyDelete
  8. Saya ikuti perkembangan kes ini.
    Rasa sedih dan geram silih berganti. Semoga keadilan berpihak kepada arwah Zayn. Nampak penuh misteri pula kisah pembunuhan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pandai betul pembunuh tu cover padahal kawasan itu orang duk mencari2.

      Delete
  9. moga kes zayn ni tak jd mcm kes nurin...moga2 penjenayah dpt dikesan dan ditangkap soon, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa dah, kes Nurin dulu tak dapat ditangkap ya?

      Delete
  10. The desert safari adventure in Sharjah exceeded my expectations. The sandboarding was a blast, and the guides were friendly and knowledgeable.

    ReplyDelete