Thursday, January 25, 2024

Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum kepada semua. Tengah hari ni nak sambung catatan berkenaan pelaksanaan umrah di Masjidil Haram. Boleh tengok catatan sebelum ini untuk perjalanan ke tempat yang paling mulia iaitu Mekah.  Hari ni Penang bercuti khas kerana Thaipusam (satu perayaan orang Hindu). Adalah masa rehat sehari. Sebenarnya 2 hari masuk kerja masih lagi terpinga2, satu mungkin sebab jetlag dan satu lagi rasa banyak sangat hilang memory waktu berada di sana. Di sana memang tak fikir banyak pasal hal di Malaysia. Kerjanya tengok masa supaya boleh spend banyak masa di masjid. 

Setelah bersarapan pagi tu, kami pun berkumpul di lobi hotel untuk bersama2 melaksanakan umrah. Bagi first timer dinasihatkan betul2 ikut time supaya dapat ikut mutawif setiap masa. Bagi yang dah berpengalaman tiada masalah sangat cuma kena study dan faham tentang aturan pelaksanaan umrah lebih awal. Kalau nak cari panduan disarankan dapatkan panduan dari ustaz yang betul2 ikut kaedah nabi saw kerana memang sepatutnya kita ikut cara nabi tanpa ada penambahan suatu apa pun. 

Semuanya bermula dengan doa melihat kaabah seterusnya memulakan tawaf. Pada mulanya memang aku dan isteri ikut ustaz yang memimpin tetapi kami berpisah untuk buat secara sendiri. Berada dalam satu group menyebabkan fokus kita lebih untuk memastikan kita bersama dalam group sedangkan masing2 ada misi yang lebih utama. Dalam tawaf tiada bacaan khusus yang perlu dibaca kecuali Allahuakbar atau Bismillahi Allahuakbar ketika di sudut Hajar Aswad. Selain itu bacaan antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad ialah Rabbana atina fiddunya hasanah hingga habis. Setelah selesai 7 pusingan kita disunatkan solat di belakang Makan Ibrahim. Jangan silap ini bukanlah tempat kuburnya Nabi Ibrahim tetapi tanda tempat berpijaknya Nabi Ibrahim as ketika membina kaabah. 

Selesai solat kami berehat seketika dan disunatkan juga untuk minum air zamzam sebelum bersai di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Agak lelah juga untuk berlari2 anak dalam kawasan yang telah ditentukan, selebihnya kami berjalan dengan laju. Penting untuk orang nak berumrah atau haji untuk sentiasa selalu praktis berjalan laju dengan jarak yang panjang supaya bila di sama kita lebih fit. Selain dari ibadah umrah memang kita akan banyak berjalan untuk masuk dan keluar dari masjid, laluannya sentiasa berubah dan selalu kita akan terpaksa ikut jalan yang jauh. 

Disebabkan kami melaksanakan umrah pada hari Jumaat maka kami cuba menyelesaikannya secepat mengkin kerana orang akan bersedia untuk solat Jumaat seawal jam 9 pagi. Selesai bersai, aku terus mencari kedai gunting. Wife bertahalul dahulu untuk menyelesaikan umrah. Alhamdulillah jumpa kedai gunting di bawah zamzam tower. Dalam umrah sebelum ni aku bertahalul jauh dari masjid. Selesai membotakkan kepala berulah rasa lega kerana ibadah umrah telah selesai. Semoga Allah menerima umrah kami. Setelah itu aku terus menapau nasi beriyani ayam kerana pakej umrah ini tidak termasuk makan tengah hari dan malam. 1 portion cukup untuk makan berdua. Harga untuk satu pack adalah SAR18.

Bergegas balik ke hotel untuk makan, mandi dan tukar memakai pakaian biasa. Solat Jumaat hanya dapat di luar masjid kerana di dalam telah penuh pada hari itu. Nanti dalam catatan seterusnya aku akan pos berkenaan Solat Jumaat di Masjid Nabawi pula. 

Setelah selesai tawaf.

Tiada perasaan yang dapat digambarkan bila melihat kaabah di hadapan mata.

Sebahagian dataran kaabah digunakan untuk tawah dan di bahagian belakangnya digunakan untuk solat.

Puncak Bukit Marwah.

Suasana ketika sedang bersaie.

Solat Jumaat di luar Masjidil Haram

Sentiada ada pembangunan di Masjidil Haram.


Bertemu dicatatan seterusnya.

14 comments:

  1. Banyak beza. Lama tidak pergi.
    Lagilah ramai orang kena pergi asal masjid untuk solat dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata semakin lama semakin ramai orang tapi saya rasa kali ini macam tak terlalu ramai. Masih ada peluang untuk masuk masjid selalu dan kadang2 ada saf yang lompong2.

      Delete
  2. Replies
    1. Terus berazam untuk ke sana. Umrah ke umrah seterusnya adalah penghapus dosa.

      Delete
  3. Alhamdulillah dah selesai ibadah Umrah nya. Rindunya tak terkata. Moga kita semua diizinkan ke Tanah Suci lagi, Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabbal 'alamin. Bila ke sana walaupun kita bermusafir tapi rasa seperti balik kampung. Seolah2 Mekah dan Madinah itu adalah kampung kita. Orang2 di sana baik2 semuanya.

      Delete
  4. moga dapat kesana suatu hari nanti

    ReplyDelete
  5. Kalau baru pulang tuh rasanya masih teringat-ingat terus ya bang,rasanya mau balik lagi kesana.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..semoga Tuan Faizal dan isteri serta rombongan yang lain mendapat umrah mabrur...aamiin

    ReplyDelete
  7. Tempat yg tak akan pernah bosen didatangi berkali2 😍😍. Sukaa baca ceritanya bang. Bisa mengobati rindu nak ke tanah suci lagi

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah selamat beribadah umrah dengan sempurna Allah permudahkan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah moga Tuan & isteri serta ahli rombongan umrah yg lain mndapat umrah yg mabrur aminnn

    ReplyDelete
  10. Rindu hati ini melihat Ka'bah pada posting ini, Mas.
    Semoga saya bisa kesana suatu saat nanti.

    Salam,

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...
    tgk cuaca kat sana ok
    harap keadaan mama sy kat sn nnt pun mcm ni jg
    sng beribadah...

    ReplyDelete